Dipetik dari Syafiq Ashraff Malik
Indahnya bertakaful!!
Saya lihat ramai yang sangat berkira-kira untuk mencarum dalam takaful. Bahkan saya juga dulu berkira dalam takaful ni. Asbab utamanya adalah apabila kita sendiri tidak faham apa yang kita bayar setiap bulan. Bermain-main dalam fikiran bahawa jika tiada musibah menimpa rugilah wang yang kita keluarkan setiap bulan.
Sebenarnya, bertakaful ni sangat indah. Tuan puan perlu faham konsep sebenar takaful. Sebagai contoh tuan puan sanggup untuk keluarkan wang yang banyak untuk pelaburan, kerana tuan puan tahu jika pelaburan itu menjadi, tuan puan akan dapat pulangan yang lebih banyak. Itu adalah konsep dalam pelaburan. Jadi bagaimana pula dengan konsep takaful?
Takaful bermaksud saling menjamin yang berasal dari perkataan Arab – kafala. Konsep takaful bertujuan mengalakkan tolong menolong dan perpaduan di kalangan peserta selari dengan konsep ta’awun. Dalam Islam, tolong-menolong dan menyediakan bantuan amatlah digalakkan. Sebahagian daripada sumbangan bulanan pula akan disalurkan kepada tabung Tabarru’.
Tabarru’ pula merupakan perkataan Arab yang bermaksud menderma secara ikhlas. Dalam konteks perniagaan takaful, setiap peserta yang ingin mendapatkan perlindungan Takaful mestilah hadir dengan niat yang ikhlas untuk menderma dan meringankan beban para peserta lain jika mereka menghadapi musibah. Semua peserta harus bersetuju untuk saling membantu dikalangan mereka di atas niat yang sama.
Secara tidak langsung, setiap bulan peserta telah melakukan kebajikan bagi membantu golongan yang ditimpa musibah. Jika diri sendiri yang ditimpa musibah, mereka pula akan dibantu.
Sebagai seoarang yang beragama, kita harus yakin bawah sumbangan derma atau sedekah tidak akan menjadikan kita susah. Bersedekah dan berinfak tidak akan sesekali menyebabkan harta seseorang itu berkurangan namun ia dapat memperkayakan hati, membersihkan harta, memanjangkan usia serta melancarkan rezeki yang dikurniakan Allah. In shaa Allah amalan menderma dan bersedekah juga akan menjemput lebih banyak rezeki.
Jadi, saya sarankan untuk ambil peluang berinfak setiap bulan secara konsisten. Dalam masa yang sama, kita serta keluarga akan mendapat perlindungan jika berlakunya musibah. Dan yang paling penting, jadinya musibah atau tidak, setiap bulan kita sudah melabur untuk saham akhirat.
Syafiq Ashraff Malik
INFAQ Consultancy
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi