Dipetik dari FB Aiman Zaki Salleh
Jadual mati bukan di tangan kita.
Tahun ni 3 pelanggan kami meninggal dunia – waris mereka bertuah dan bernasib baik kerana;
1. Wasi tahu dan jelas peranan. Dia tahu apa proses yang perlu dilakukan dan proses urus harta dapat dimulakan segera.
2. Dapat elak kos tinggi dalam proses urus pusaka dan dana untuk urus pusaka dah tersedia kerana telah dibuat perancangan.
3. Dokumen permohonan pusaka dapat disediakan dengan cantik. Bila sampai tarikh bicara, proses perbicaraan pusaka dapat berjalan cantik tanpa perlu ditangguh.
Ini sebahagian kelebihan bila buat perancangan perwarisan.
Kau ingat waris ada masa nak bergaduh bila semua dah cantik macam ni?
Banyak sangat keburukan saya dah lihat bila si mati tidak buat perancangan. Lagi sedih bila waris memandai-mandai dalam urus pusaka.
(Pastikan dalam keadaan duduk untuk teruskan bacaan)
Cuba jawab soalan mudah ni – tahu tak berapa nilai semua aset dan hutang kita?
Kita nak jawab pasal aset dan hutang sendiri pun susah dan ambil masa kan – agak agak waris kita senang tak nak buat senarai tersebut?
Mulakan sekarang.
RM50 sahaja untuk buka fail – ini deposit tanda tuan-puan serius untuk saya bantu dalam perancangan perwarisan dan legasi.
Saya tunjukkan bagaimana untuk buat dokumen DIY dengan kos serendah RM300 siap dengan tandatangan peguam untuk jaga dokumen kita. Boleh bayar ansuran RM50 selama 6 bulan.
Niat saya hanya nak pastikan semua orang mampu untuk buat perancangan perwarisan.
Pak guard dan makcik jaga tandas pun dah buat perancangan ni.
Nak tahu kenapa?
Kadang-kadang perancangan kewangan lebih mudah dibuat jika bermula dengan perancangan menghadapi kematian.
‘Rancang Pemanduan, Selamat Perjalanan,
Rancang Kewangan, Ubah Kehidupan’
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi