Saya terpaksa jelaskan semula tentang perkara ini sebab ramai yang masih keliru tentang status Tanah Hakmilik Sementara ini.
Antara kekeliruan tersebut adalah seperti berikut:
1. Sama ke Hakmilik Sementara ni dengan Leasehold?
Leasehold dan hakmilik sementara adalah 2 PERKARA BERBEZA.
Formula nya begini:
– Hakmilik sementara (qualified title) lawannya Hakmilik akhir (final title)
– Pegangan bebas (freehold) lawannya Pegangan pajakan (leasehold)
Sesuatu hartanah mungkin berstatus pegangan bebas (freehold), tetapi ianya masih hakmilik sementara (qualified title).
Tetapi sesuatu hartanah juga boleh jadi berstatus pegangan pajakan (leasehold) tetapi ianya telah ada hakmilik akhir (final title).
Macam mana nak kenal sama ada hartanah tersebut telah ada hakmilik akhir atau masih hak milik sementara?
Lakukan Carian di Pejabat Tanah.
Jika Hakmilik Sementara : Nombor geran bermula dengan HS (M) atau HS (D)
Jika Hakmilik Akhir : Nombor geran bermula dengan PM atau GM atau PN atau GRN
Macam mana nak kenal sama ada hartanah tersebut berstatus pegangan bebas atau pajakan?
Lakukan Carian di Pejabat Tanah.
Jika Pegangan Bebas : Dalam carian ditulis Taraf Pegangan Selama-lamanya
Jika Pegangan Pajakan : Dalam carian ditulis Taraf Pegangan Pajakan 99 Tahun
Jadi, jangan keliru tentang kedua-dua perkara tersebut.
2. Adakah tanah hakmilik sementara ni boleh dibeli? Kalau beli akan ada masalah tak dikemudian hari?
Sebenarnya, hakmilik sementara bukan bermaksud tidak boleh jual/ beli hartanah tersebut.
Ia hanya bermaksud tanah itu belum melalui proses ukuran akhir atau ukuran muktamad daripada Jabatan Ukur.
Jadi tiada masalah beli hartanah yang masih berstatus hakmilik sementara.
Cuma tanah Hakmilik Sementara ini anda tidak boleh buat pecah bahagian atau pecah sempadan. Kalau nak buat kena tunggu dapat hakmilik akhir (final title) terlebih dahulu.
Harap tiada lagi yang keliru selepas ini.
**************
Penulis asal: Tuan Salkukhairi, seorang peguam hartanah. Saya hanya copy paste tulisan beliau.
Banyak lagi ilmu urusniaga hartanah di sini
Sumber dari Afyan Mat Rawi