Kelebihan dan fleksibliti MLTT berbanding MRTT
- Jika berlaku kematian atau lumpuh, pampasan yang akan diterima ialah total sum cover yang dilanggan dari awal. Jadi tak akan timbul risiko coverage tak mencukupi sebagaimana yang pernah berlaku jika melanggan MRTT.
- Jika pelanggan refinance rumah, MLTT tidak terbatal sebagaimana MRTT terbatal jika rumah refinance.
- Begitu juga jika pelanggan jual rumah, MLTT tidak terbatal sebagaimana MRTT.
- Jika pelanggan buat early settlement, MLTT tidak terbatal dan boleh digunakan untuk rumah lain.
- Boleh gunakan satu polisi MLTT untuk lebih daripada satu rumah. Contohnya, selepas 20 tahun pembiayaan, hutang rumah tinggal RM100,000 dan coverage MLTT masih kekal RM250,000. Jadi dia boleh beli rumah lain dan gunakan MLTT yang sama.
- Polisi MLTT , boleh tambah coverage untuk penyakit kritikal jika mahu dan akan ada bayaran tambahan.
- Polisi MLTT juga gunakan produk yang ada nilai tunai yang membolehkan pemegang polisi dapat sedikit tunai di akhir polisi, dan harganya lebih tinggi.
1 thought on “Kelebihan Dan Fleksibliti MLTT Berbanding MRTT”