Bisnes sebagai perunding takaful tidak menjanjikan bulan, bintang mahupun matahari.
Ia sama seperti bisnes-bisnes lain yang ada di dunia ini yang memerlukan komitmen dan kesungguhan untuk berjaya.
Cuma beberapa kelebihan yang ada dalam bisnes takaful ialah;
1. Modal yang rendah. Dengan hanya bermodalkan RM80 untuk menduduki peperiksaan, kita sudah boleh memulakan kerjaya ini. Tidak perlu menyimpan stok membeli produk, dan tidak perlu menyewa pejabat – yang selalunya perlu difikirkan oleh usahawan dalam bidang lain.
2. Sistem yang sudah sedia ada. Industri insurans sudah wujud sejak beribu tahun. Jadi, sudah wujud pelbagai sistem-sistem bisnes yang sudah terbukti keberkesanannya. Ia termasuk sistem latihan, sistem sokongan bisnes, sistem IT, sistem pengrekrutan dan pelbagai sistem lagi. Tinggal lagi usahawan baru melibatkan diri ke dalam sistem ini untuk berjaya.
3. Potensi peningkatan kerjaya. Dengan bermula sebagai perunding takaful, kita berpeluang meningkat sebagai Pengurus Agensi dan Pengurus Agensi Kumpulan dengan membina bisnes yang lebih besar. Selain itu, para usahawan juga berpeluang meningkatkan profesionalisma dengan menjadi Perunding Kewangan Bertauliah seperti IFP (Islamic Financial Planner), CFP (Certified Financial Planner), RFP (Registered Financial Planner) dan lain-lain lagi.