Baru semalam saya kongsikan pandangan isu medical card ditolak claim yang viral.
Hari ini timbul pula kes lain, berkaitan kes kemalangan.
Saya ambil positif, ia tanda kesedaran masyarakat tentang takaful semakin tinggi dan peranan ejen takaful semakin mencabar.
Ejen sudah tidak boleh lagi tangkap muat untuk dapat sales, nak dapat komisen dan kejar trip luar negara serta dapatkan title MDRT, TOT, COT, LOL dsb.
Peranan ejen bukan sekadar salesman tapi sebagai educator / advisor kpd pelanggan dan masyarakat amnya.
Tak silap, hampir 10 rakan tag saya di status ini.
Selepas membaca status tersebut, saya sempat tinggalkan komen berikut. Moga ada manfaatnya.
Tuan,
Saya bersimpati atas apa yang berlaku.
Saya Afyan, seorang perunding takaful / ejen cabuk.
Ramai yang tag saya di status Tuan utk saya berikan pandangan.
Berdasarkan maklumat yang Tuan kongsikan, saya mohon Tuan kongsikan surat rasmi dan laporan perubatan utk saya kongsikan pandangan yg lebih adil dan tepat.
Berdasarkan pengalaman dan pemahaman saya, polisi medical card selalunya memang ada PENGECUALIAN rawatan berkaitan pergigian, KECUALI rawatan pergigian akibat kemalangan.
Jika berlaku kemalangan, medical card cover rawatan dan pembedahan pergigian untuk membaik pulih gigi asli yang sihat.
Namun ia tidak melindungi sekiranya ia melibatkan perbelanjaan daripada pemakaian gigi palsu, rawatan akar, pendakap, implan dan lain-lain.
Jadi, dalam kes Tuan, jika ia tidak termasuk dalam pengecualian di atas dan Tuan rasa dizalimi, saya cadangkan Tuan buat laporan rasmi kpd Bank Negara Malaysia dan Ombudsman Financial Services (OFS).
Status viral sebegini bagus untuk memberi kesedaran kepada orang awam.
Tapi laporan rasmi diperlukan untuk pihak berkenaan mengambil tindakan sewajarnya.
Jika pihak syarikat takaful melanggar kontrak, Tuan akan mendapat pampasan sewajarnya.
Ini pandangan saya, berdasarkan maklumat terhad yang Tuan kongsikan.
Jika Tuan dapat kongsikan laporan perubatan dan surat rasmi serta alasan penolakan GL, saya boleh berikan pandangan yang lebih tepat dan lebih adil.
Wassalam.
Afyan Mat Rawi
INFAQ Consultancy
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi