Veni, Vedi, Vici! — at ????????????????????????????? – Phnom Penh International Airport
MISI KORBAN KEMBOJA
Hari Pertama.
Alhamdulillah, selamat tiba di Phnom Penh, Cambodia.
Mengiringi kami, Ustaz Nasrullah yang pernah belajar di Kelantan, fasih berbahasa Melayu dialek Kelantan.
Ketika status ini ditulis, kami masih dalam kesesakan jalanraya di Phnom Penh. Dijangka perjalanan menuju ke Kampung Champ kira-kira 5-6 jam.
Bergerak keluar dari Phnom Penh menyaksikan masyarakat di ibu kota Phnom Penh. Trafik di sini tidaklah sesesak Kuala Lumpur. Peraturan trafik juga agak longgar.
Motosikal menguasai jalanraya. Mungkin kerana harga petrol di sini agak tinggi.
Oh ya, harga petrol di Malaysia masih murah jika dibandingkan dengan harga petrol di Cambodia USD1.20.
Bersyukurlah….
Alhamdulillah kami selamat tiba di daerah Phum Trea dalam negeri Kampung Cham.
Negeri ini dalam sejarah merupakan bekas Kerajaan Melayu Islam Champa yg jatuh akibat serangan dari Vietnam sekitar tahun 1900-an.
Perjalanan 330 KM dari ibu kota Phnom Penh, memakan masa kira-kira 6 jam termasuk berhenti rehat makan dan solat jamak maghrib-isyak.
Jalanrayanya, fuhhhhh….
Berselang seli antara jalan tar dengan jalan tanah merah sepanjang perjalanan. Kami juga melintasi Sungai Mekong dengan menaiki feri. Tiba di sini pada jam 11:00 malam waktu tempatan. Kami menginap di Madrasah Al-Hidayah Al-Islamiyah yang sudah dibangunkan sejak tahun 1994. Tahun ini genap 20 tahun.
Pembelajaran di sini mirip pengajian pondok di Malaysia. Jumlah pelajar sekitar 200 orang dari pelbagai umur. Kewangan di sini hanya bergantung kepada yuran pelajar dan sumbangan orang ramai.
Biarpun lokasi ini jauh di pedalaman, talian telefon di sini tidak mengecewakan. Talian internet juga sangat superb!
Kata seorang rakan, jika dibandingkan dengan di Gombak, jika masuk jalan Ulu Yam pun sudah tidak ada talian telefon, apatah lagi internet.
Jika tidak, mana mungkin saya menulis dan berkongsi catatan ini.
****
Kecewa dengan politik Malaysia, kami berehat di sini..
****
Ini bukan guru mengajar lembu mengeja.
Ini merupakan sebahagian nama-nama utk aqiqah yang sempat dilaksanakan pagi tadi.
Ada beberapa bahagian untuk aqiqah dilaksanakan awal, hari ini dan beberapa ekor dilaksanakan lewat, selepas raya nanti kerana jumlah penyertaan sangat menggalakkan.
Jadi esok hanya fokus kepad lembu utk peserta qorban sahaja.
****
Gambar sebelum kejadian.
****
Hari kedua.
Masjid di Madrasah Al-Hidayah Al-Islamiyah ini adalah hasil waqaf seorang jutawan warganegara Amerika Syarikat berbangsa Pakistan.
Ia diimarahkan oleh para penuntut dan penduduk sekitar.
Ramai di sini melibatkan diri dalam jemaah tabligh.
Tenaga-tenaga pengajar di sini juga ramai yang pernah belajar di Malaysia, antaranya di Kemaman, Terengganu, Pulau Pinang dan Kelantan.
Masjid Sri Petaling di Malaysia menjadi pusat gerakan dakwah antarabangsa mereka.
****
Teka, apakah?
****
Catatan Kembara Kemboja | Hari Kedua
Pertama kali seumur hidup beraya tanpa keluarga di sisi.
Pertama kali menyambut raya tanpa ibu, ayah, isteri dan anak-anak.
Pertama kali menyambut raya di negara orang.
Baru dapat menghayati lagu “Dendang Perantau”.
****
Seorang lelaki di pinggir Sungai Mekong.
Pandangannya jauh menerobos ke hujung benua Asia.
Hatinya meronta ingin kembali bersua keluarga.
Jiwanya sedang gersang kerinduan.
Bagai Ibrahim yang terpisah Hajar dan Ismail.
Kerana menunaikan tanggungjawab pada Sang Pencipta.
Begitulah lelaki ini terpisah jauh di bumi Kemboja.
Moga angin semilir perlembahan Mekong ini membawa salamnya kepada mereka…
Afyan Mat Rawi,
8:30 malam, 4 Oktober 2014,
Phum Trea, Kampong Champ, Kemboja.
****
Catatan Hari Kedua | Kembara Kemboja
Sesuatu yang menarik perhatian saya dan rakan-rakan, juga wajar diinsafi ialah rata-rata penduduk di sini tiada yang berbadan gemuk.
Kami menginsafi diri sendiri yang “sihat-sihat”.
Kata Ustaz di sini, penduduk di sini susah nak makan dan perlu kuat bekerja. Maka dengan sebab itu badan mereka sedemikian rupa.
Kami insaf lagi.
****
Bu,
Hidupmu berbudi,
Matimu berbakti.
Korbanmu hanya utk Ilahi,
Moga bertemu di syurgawi.
****
Catatan Kembara Misi Korban dan Aqiqah Komboka Hari Ke-3
Hari ini hari raya Aidil Adha disambut di sini, sama seperti di Malaysia.
Tahun ini pertama kali saya beraya di perantauan, tanpa keluarga di sisi, tanpa ibu, ayah, isteri dan anak-anak seperti biasa. Bersolat sunat Aidil Adha di Masjid Madarasah Al-Hidayah Al-Islamiyah, Phum Trea, Kompong Champ, Kemboja.
Mengambil roh pengorbanan Ibrahim yang meninggalkan Siti Hajar dan Ismail di tengah kontang padang pasir bumi berkah. Misi kembara kami amat bermakna hari ini apabila melaksanakan ibadah korban membawa amanah dari rakan-rakan di Malaysia.
Ini pertama kali kami bersama NGO Syabab Care yang ditubuhkan secara sukarela bersama rakan-rakan di Gombak melaksanakan misi korban di Kemboja ini.
Mudah-mudahan agenda korban hari ini berjalan lancar dengan hampir 100 ekor lembu yang akan disembelih di dua lokasi berbeza di sini.
Ada juga sebahagian lembu dan kambing untuk aqiqah yang akan dilaksanakan selepas kami pulang kelak kerana masa yang mencemburui, maka hari ini fokus untuk korban sahaja.
Moga ibadah kita semua diterima ALLAH.
Afyan Mat Rawi,
5 Oktober 2014,
Kompong Champ, Kemboja
****
Aktiviti malam raya kami di Kompong Champ, Kemboja.
Membakar daging kambing sambil ditemani cahaya smartphone dan powerbank sambil diselang-seli lampu eletrik yang kadang-kadang ada, kadang-kadang tiada.
Tanpa TV, Astro dan radio.
Mujurlah talian internet masih OK. Dapatlah juga saya kongsikan status ini
Hari ke-4
Inilah bangunan Madrasah Al-Hidayah Al-Islamiyah, tempat kami menumpang teduh 4 hari 3 malam.
Hari ini kami akan berangkat ke Phnom Penh utk bermalam di sana pula sebelum pulang ke tanah air pagi esok.
Madrasah yang ditubuhkan sejak tahun 1994 ini mempunyai sejarahnya tersendiri utk membangun sehingga kini.
Bangunan simen yang baru menggantikan bangunan lama di belakang yang dibina daripada kayu.
Pelajar di sini berjumlah 290orang dengan 14 orang tenaga pengajar, dengan yuran hanya RM20 sebulan.
RM20 bukan RM200, termasuk makan dan asrama.
Apabila ditanya kepada mudirnya, Ustaz Muhammad Amin bin Soleh katanya jika diletakkan yuran yang tinggi akan menyebabkan kesukaran di pihak keluarga pelajar utk menghantar anak-anak mereka belajar di sini.
Gaji para guru pula sekitar RM300 sahaja, dan kadang kala kesuntukan wang untuk membayar gaji mereka.
****
Ini sarapan pagi kami sepanjang di sini.
Tiada roti canai, nasi lemak, nasi dagang….
Ini rahsia orang-orang Kemboja tidak ada yang gemuk.
****
Bersiap sedia untuk perjalanan 5 jam ke Phnom Penh.
Oh bukan saya yang memandu. Jangan keliru.
Di sini mengamalkan pemanduan kiri.
Sepanjang menaiki van ini, kami pun terkeliru dengan kenderaan yang datang dari sebelah kiri dari arah berbeza.
****
Antara mata pencarian rakyat Kompong Champ, menjual tilam.
Sungguh mengkagumkan, tilam-tilam ini dibawa dan dijaja menggunakan motosikal sahaja!
Sungguh kreatif orang di sini.
Terngiang-ngiang suara dari lori di Malaysia;
“Tilam-tilam. Tilam lama tukar baru!”.
[EDITED selepas 12 jam gambar ini diupload:
Ada yang tak percaya tilam-tilam ini diusung dengan motosikal.
Boleh lihat pada komen saya utk melihat dari arah depan, diambil dari kamera lain]
****
Hari ke-4
Sungguh mencabar perjalanan kami.
Baru sejam dua bergerak, kami sudah diuji van yang kami naiki tersangkut dalam selut.
Jalan tanah merah tidak berturap bagaikan babak-babak dalam “Camel Trophy”.
Berbeza dengan perjalanan ketika datang ke mari beberapa hari lalu yang gelap dalam gelita malam, pagi yang cerah hari ini memungkinkan kami dapat melihat suasana sebenar kampung di sini.
Pertama kali juga melihat gerai babi yang sudah disembelih secara live.
****
Only in Cambodia.
****
Harga petrol di sini lebih mahal dari Malaysia.
Kira-kira RM3.00++ seliter. Itu pun untuk RON92.
Benarlah kata pemimpin negara, harga petrol Malaysia lebih murah dari negara-negara lain di Asia Tenggara.
Tapi sesuailah, memandangkan Cambodia buka negara pengeluar petrol seperti Malaysia.
****
Teka, apakah?
[UPDATED 3 jam selepas gambar status ini diupload tadi:
Tadi kongsikan gambar ini.
Ramai yang komen geli, lota dsb.
Tapi komen paling lajen dari Abam Zaidi Ismail;
“Geli konon … ada orang makan riba tak geli pun.”
Saya insaffff…. (Tangan di habu, mata ke atas)
****
Ini “peti ais” di madrasah yang kami tumpang berteduh beberapa hari.
Eletrik di sini harganya mahal, USD1 utk 1kwj. Sangat mahal berbanding Malaysia.
Oleh sebab itu, mereka tidak mampu untuk menampung kos eletrik yang tinggi walaupun boleh mengumpul wang untuk membeli ais.
Malah kami juga ingin menawarkan mereka utk membeli peti ais tapi ditolak dengan baik atas faktor kos eletrik yang melampau-lampau.
Alternatifnya, lahirlah “peti sejuk” ini, yang diisi dengan ais batu dan diganti-ganti setiap hari.
Dengan cara inilah juga mereka menyimpan daging-daging korban yang disedekahkan utk mereka.
Allahuuuu…
Berjalan, melihat, mentafsir dan menginsafi….
****
Dari hari pertama hingga terakhir kami disajikan dengan air mineral ini. Ia disajikan ketika sarapan, makan tengah hari dan makan malam.
Antara lain, sebab air dari paip terlalu keruh, sekeruh Sungai Mekong.
Di hari ini baru saya tahu, memang mereka di sini tidak kenal air sirap, air oren dll seperti di Malaysia.
Allahuu…
****
Only in Cambodia.
****
Membaca jambatan ilmu.
****
Ini tut-tut, kenderaan awam di Phnom Penh yang menggunakan motosikal.
Untuk jarak 5km pergi-balik, bayaran kira-kira USD3 sekali naik, ulang-alik.
SOALAN: Berapakah jumlah maksima penumpang kenderaan ini?
****
Cuba kira, berapa boleh muat tut-tut ni?
****
Kembara Kemboja tamat. Misi selesai.
Meninggalkan 1001 kenangan indah.
Moga ALLAH menerima amalan kami semua.
Terima kasih kepada semua yang sudi membaca catatan saya selama 5 hari.
Sudikan memberi komen ikhlas rakan-rakan.
assalamualaikum.. boleh berikan kenalan atau no untuk dihubungi semasa melakukan aktiviti di kemboja.?
Cuba hubungi Puan Ustazah Jamilah 0133051323. 0192597712. Beritahu dia, saya yang beri nombor. Dia berkahwin dengan warga Kemboja