Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.
Tak pasal-pasal kerjaya sebagai ejen takaful jadi bahan trol dan kutukan netizen.
Lepas ni ejen-ejen takaful tak perlu marah-marah kalau masyarakat benci dengan ejen takaful kalau diri sendiri yang tak pandai jaga diri.
Dan ini bukan kali pertama ia berlaku.
Pernah sekali berlaku pada diri saya sendiri.
Saya berkongsi berita musibah yang berlaku pada sahabat saya, kemudian datang ejen takaful ambil kesempatan komen dengan mempromosi produk takaful. Memang angin satu badan.
Rujuk 2 gambar dibawah. Sampai sekarang saya masih ingat peristiwa yang berlaku pada tahun 2015 itu.
Sekarang dah tahun 2020, ada banyak cara marketing yang lebih baik berbanding ambil kesempatan sebegini.
Guna la FB Ads kalau nak promote takaful.
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi, IFP