Ramai yang hantar emel, mesej dan PM FB saya bertanyakan pendapat saya tentang kereta sambung bayar.
Kereta sambung bayar merujuk kepada situasi pemilik kereta menjual kereta yang masih dalam pinjaman bank, tanpa menukar nama kepada pembeli. Pinjaman asal masih berkuatkuasa dengan ansuran bank dibayar oleh pembeli, namun masih nama peminjam bank ialah pemilik asal.
Dari segi kesannya di sisi undang-undang, ia masih lagi milik pemilik asal bukan pembeli baru, selagi mana nama tidak ditukar.
Jika ada saman ia masih lagi tanggungjawab pemilik asal. Begitu juga jika berlaku kemalangan, ia juga tanggungjawab pemilik asal.
Lebih teruk lagi, andainya pembeli meninggal dunia, kereta yang sudah dibayar bukan miliknya dan tidak menjadi harta faraidh.
Begitu juga jika pemilik asal meninggal, waris pemilik asal boleh membuat tuntutan ke atas kerta yang telah “dijual” itu.
Berikut saya petik dari FB JPJ;
“Sambung Bayar†sebenarnya adalah menyalahi undang-undang dan jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM25,000 atau 3 tahun penjara atau kedua-duanya sekali. Anda tidak mempunyai hak untuk “memindahkan†atau “Sambung Bayar†kemudahan pinjaman bank seseorang kepada orang yang lain.
Akta 212, 36A. Mana-mana pemunya, peniaga, ejen atau orang yang bertindak bagi pihak pemilik yang mengumpul apa-apa bayaran berkenaan dengan perjanjian sewa-beli selain daripada bayaran yang disenaraikan dalam Jadual Kedua atau bayaran yang dibenarkan di bawah Akta ini adalah melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini.
36B. Mana-mana orang yang bukan pemilik, peniaga, ejen atau orang yang bertindak bagi pihak pemilik yang mengumpul apa-apa bayaran daripada penyewa berkenaan perjanjian sewa-beli adalah melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini.
38. Tiap-tiap orang yang, oleh pelupusan atau penjualan apa-apa barang yang terkandung dalam perjanjian sewa-beli, atau dengan pengeluaran barang-barang itu, atau oleh apa-apa cara lain, defrauds atau cuba untuk menipu pemilik adalah melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini dan hendaklah, apabila disabitkan, boleh dikenakan denda tidak melebihi dua puluh lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Ia juga menyalahi undang-undang bagi mana-mana orang, pengedar, ejen atau syarikat untuk menerima, mengambil atau menerima sebarang deposit tanpa lesen yang sah – 1989: Seksyen 25 (1). Ia juga menyalahi undang-undang bagi mana-mana orang, pengedar, ejen atau syarikat untuk mengiklankan pengambilan deposit secara haram – 1989: Seksyen 27 (A).
Orang ramai disarankan supaya tidak terlibat dalam apa-apa jenis skim “Sambung Bayar†kereta kerana perjanjian anda tidak selaras dengan undang-undang Malaysia dan tidak mungkin boleh diterima pakai jika perkara menjadi kelam kabut yang memerlukan prosiding di Mahkamah.
1 thought on “Kereta Sambung Bayar”