Ini antara kes salah laku ejen takaful yg diadukan kpd BNM.
Saya kongsikan perkara ini supaya para pengguna alert dengan perkara ini agar menjadi pengguna bijak, bukan pengguna terpijak.
Kerjaya usahawan merupakan kerjaya yang mulia kerana ia usahawan yang jujur disabdakan Rasulullah (s.a.w) akan bersama dengan para nabi dan Rasul di akhirat kelak.
Apatah lagi usahawan dalam bidang takaful yang mengajak orang ramai berhijrah dari sistem konvensional kpd sistem bebas riba, dan yang penting sebagai medium perlindungan kewangan seandainya berlaku musibah.
Namun ada segelintir ejen yang merosakkan imej bisnes takaful sehingga orang ramai sangsi dengan takaful. Saya tiada statistik utk perkara ini.
Statistik yang ada ialah kadar penembusan takaful di Malaysia tidak sampai 20%, dalam masa 30 tahun takaful wujud di Malaysia.
Negara yang maju ialah negara yang rakyatnya celik kewangan.
Jadi pengguna bijak bukan pengguna terpijak.
Buat pemegang polisi takaful, semak polisi anda dan pastikan ia sama dengan apa yang ejen ceritakan.
Kepada yang baru bercadang, semak Product Disclosure Sheet supaya ia seiring dengan apa yang diceritakan oleh ejen.
Anda mampu mengubahnya.
SHARE jika bermanfaat.
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi