1. Bekerja makan gaji confirm tiap-tiap bulan dapat gaji tetap.
Tidak kira hujan, ribut, petir, atau angin sepoi-sepoi bahasa, jika gaji telah ditetapkan RM 2000.00 sebulan, maka akan dapat RM 2000.00 sebulan. Tidak seperti bekerja sendiri yang belum tentu dapat tiap-tiap bulan dapat keuntungan yang tetap. Kalau buka kedai makan, sekiranya musim tengkujuh tiba, tentu jarang pelanggan datang ke kedai.
Komen: Takpelah, nak buat macamana,memang gaji mereka tidak tetap.kadang-kadang dapat RM5000.00, kadang-kadang RM2000.000, kadang-kadang RM3000.000. Maklumlah, tiada gaji tetap.
2. Bekerja makan gaji confirm tiap-tiap awal bulan ada duit.
Tidak kira bulan berkenaan cuti banyak, atau MC banyak, sekiranya gaji ditetapkan masuk 27 haribulan, confirm masuk pada tarikh tersebut. Jadi, awala bulan berikutnya sudah tentu duit ada di dalam poket. Tidak seperti bekerja sendiri, tarikh keuntungan tidak dapat ditentukan bila masanya bagi setiap bulan. Kalau tiba-tiba bulan tertentu lansung tak dapat untung, bila masa nak ada duit?
Komen: Betullah tu, mereka yang bekerja sendiri ni tidak semestinya awal bulan sahaja ada duit. Selalunya tengah bulan ada duit, malah hujung bulan pun duit lagi banyak daripada duit awal bulan. Maklumlah, gaji tak masuk hujung bulan.
3. Bekerja makan gaji dengan kerajaan, lepas umur 50 dapat duit pencen separuh gaji.
Kalau sebelum pencen bergaji RM 4000.00, maka ketika pencen dapat duit pencen RM 2000.00 tiap-tiap bulan. Sampai mati tu! Bekerja sendiri, kena kerja sampai mati kalau nak dapat duit. Itu pun kena bekerja setengah mati tau!
Komen: Memang tiada siapa yang akan bagi mereka pencen. Masa umur mereka 50 tahun nanti, mereka ada pembantu-pembantu dan pekerja-pekerja kami untuk meneruskan kerja-kerja kami. Mereka tiada duit pencen setengah duti gaji sebab mereka masih dapat penuh.
4. Bekerja dengan kerajaan, dapat buat pinjaman perumahan dan kereta dengan kadar yang murah.
Kalau orang lain kena interest 5%, kerja kerajaan dapat 4% je. Nampak je sikit 1% tu, tapi tinggi jumlahnya tu, perbezaan puluhan ribu untuk jangka masa panjang utnuk pinjaman rumah. Rugi tak kerja dengan kerajaan.
Komen: No komen!
5. Kerja makan gaji telah ditetapkan sehari 8.00 pagi hingga 5.00 petang.
Confirm masuk pukul 8, keluar pukul 5. Seminggu kerja isnin sampai jumaat sahaja. Kalau kerja lebih masa, dapat gaji overtime pulak. Kalau kerja sendiri, mesti kena kerja sampai lewat malam. Sudahlah sebegitu, esok pagi-pagi nak kena keluar pergi tempat kerja cari pelanggan. Kadang-kadang, kerja samapai tak ingat hari. Samapi hari hujung minggu pun kena kerja!
Komen: Memang mereka kerja sampai tak ingat hari sebab kadang-kadang bekerja tujuh hari berturut-turut dari pagi sampai lewat malam untuk selesaikan sesuatu projek. Lepas tujuh hari tersebut, dapatlah pendapatan untuk sebulan yang membuatkan mereka tidak perlu begitu lagi untuk hari-hari berikutnya dalam bulan itu.
6. Kerja makan gaji banyak rehat. Pukul 8 pagi masuk, baca surat khabar. Pukul 11 rehat minum pagi. Pukul 12.30 tengah hari dah boleh keluar pergi lunch. Lajak sampai 2.30 petang baru masuk. Pukul 4 dah bersiap-siap nak balik rumah. Pukul 5, tunggu apa lagi…blah la. Kalau kerja sendiri, mana ada rehat. Kalau banyak rehat tentu meniaga tak untung.
Komen saya: Apa? Kerja makan gaji banyak rehat? Tapi tau pulak kata kerja sendiri ni kalau banyak rehat tak dapat banyak untung…. maknanya kerja makan gaji ni tidak produktiviti la?
7. Kerja makan gaji boleh dapat banyak cuti. Ada cuti keraian, ada cuti bersalin, ada cuti peristiwa, ada cuti hari kebesaran. Itu belum masuk cuti tahunan, cuti wajib dan cuti emergency leave. Kalau jadi cikgu, lagi banyak cuti. Tapi kalau kerja sendiri ni, mana sempat hendak dapat cuti. Kalau cuti pun belum tentu banayk. Kalau cuti banyak tentu perniagaan rugi.
Komen: Apa? Kerja makan gaji banyak cuti? Tapi tau pulak kata kerja sendiri ni kalau banyak cuti tak dapat banyak untung…. maknanya kerja makan gaji ni tidak produktiviti la?
Dengan kehairanan, kalian bertanya, â€ÂAfyan kenapa no. 6 dengan no. 7 tu sama komen awakâ€Â
Saya menjawab jujur â€ÂMemanglah, sebab saya ni berkerja sendiriâ€Â.
Kalian bertambah hairan.
Ish… tak paham la. Apa abang cuba cakap ni?
Nak sokong orang makan gaji ke sokong orang keje sendiri??
Mmmmm, macam tajuk karangan perbahasan seskolah rendah la pulak “Bekerja Makan Gaji Adalah Lebih Baik Daripada Bekerja Sendiri” 🙂
Saya tidak berada di pihak pembangkang atau pencadang untuk tajuk ini. 🙂
Cuma entri ini perlu dibaca dengan entri http://afyan.com/ver1/?p=19
Saya bekerja sendiri, dalam masa sama rata-rata orang-orang yang rapat dengan saya bekerja makan gaji; ibu saya seorang guru, adik saya seorang guru, ayah saya seorang pensyarah, isteri saya seorang eksekutif syariah, kawan rapat saya ada yang peguam, pensyarah, pegawai keranjaan dan sebagainya.
Jadi, saya menyelami perasaan dan pemikiran mereka apabila saya mengambil keputusan bekerja sendiri.
….. :>
putaran hidup…ada yang menjual dan ada yang membeli.
anggap saja yang menjual tu orang berniaga dan yang membeli tu orang makan gaji.
tanpa pembeli sudah tentu penjual tak dapat menjual dan tanpa penjual, pembeli tak dapat membeli….
kesimpulan…penjual dan pembeli saling memerlukan dan mesti ada keseimbangan. pillihan masing-masing samada nak jadi penjual atau pembeli. 🙂
Afyan: Setuju!