Konsep : Bagaimana Lepasan Graduan Bergaji RM2500 Merancang Kewangan

Dipetik dari FB Akiff Radzi

KONSEP : BAGAIMANA LEPASAN GRADUAN BERGAJI RM2500 MERANCANG KEWANGAN

.
Sebelum korang fikir nak beli kereta, nak tukar moto besar ke, nak join komitmen bulanan itu ini, nak labur sana sini..faham dulu konsep 4 konsep asas ini. Yang ke-4 tu orang muda kena amalkan..!

.

1. Mencipta SIMPANAN YANG BEROBJEKTIF

Tujuan menyimpan adalah untuk mempersiapkan Dana Kecemasan. Untuk lebih jelas, kita perincikan Dana Kecemasan kepada 3 perkara :
– Kerosakan (Kenderaan, Rumah, Lain-lain)
– Kehilangan (Barang Penting cth Telefon Bimbit dsb)
– Dibuang/Hilang Pekerjaan

Bila disebut ‘kecemasan’, platform yang digunakan untuk menyimpan perlulah bersifat mudah cair atau dengan erti kata lain ‘24jam boleh dapatkan duit tersebut’. Pakar kewangan akan mencadangkan 3-6 Bulan gaji. Jadi mereka memerlukan RM7500 hingga RM15,000.

.
2. Mencipta PERLINDUNGAN PENDAPATAN & PERUBATAN

Perancangan ini berbeza mengikut status, keperluan dan keadaan individu. Bukannya boleh dirancang semborono ataupun mengikut kemahuan. Sedangkan keperluan lebih penting daripada kemahuan. Dan kebiasaanya kita agak mudah terikut-ikut dengan rentak kawan-kawan atau cadangan ejen. Perbincangan antara ejen dan anda perlu berjalan secara 2 hala, dan anda perlu mempunyai asas ilmu berkaitan topik ini. Secara asasnya, objektif penting dalam mencipta PERLINDUNGAN & PERUBATAN terbahagi kepada 3 tujuan :
– Sebagai Perlindungan Pendapatan
– Pengekalan Asset
– Meringankan Bebanan Liabiliti

Seperti yang aku sebutkan, 3 tujuan ini berbeza keperluannya mengikut keadaan, status mahupun kondisi individu.!

.
3. Mencipta PELABURAN JANGKA PANJANG

Bila disebut sahaja pelaburan, pastinya ada risiko! Pelaburan yang tidak berisiko bahkan dijamin pulangan yang berlipat ganda berkemungkinan besar membuatkan anda tersontot! Hati-hati!

.
Anda perlu tahu bagaimana kaedah untuk mendapatkan pulangan dengan merendahkan risiko rugi. Juga perlu untuk menggunakan platform yang sesuai dengan diri berdasarkan penilaian risiko.

.
Pelaburan JANGKA PANJANG! Mindset kena ready untuk perancangan masa panjang. Sekurang-kurangnya 10 tahun keatas. Jarang orang muda dapat set up mindset yang clear, jika anda mampu, anda memang HEBAT!

.
4. Mencipta SEDEQAH YANG KONSISTEN.

Sedeqah ni sangat ajaib. Dengan izinNya, menjadi pembuka pintu rezeki, menolak bala, memberi ketenangan hati dan banyak lagi.

Korang hebat bila mampu rancang sedeqah berbanding sedeqah bila ada lebihan. Dan sedeqah ni boleh dipelbagaikan seperti bagi orang makan, bagi hadiah, bagi pakaian dan banyak lagi..

Yakin dan amalkan!

Koleksi ilmu kewangan
Ikutinya disini https://t.me/akifradzi

Akif Radzi
INFAQ Consultancy
akifradzi.com

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

Leave a Reply