Info RM | Melanggan takaful adalah untuk menghadapi situasi musibah kewangan.
Kos rawatan klinik selalunya tidaklah mahal dan hanyalah sekitar RM50-RM100 sekali ke klinik.
Jadi, ia bukanlah musibah kewangan yang perlu dilindungi dengan takaful.
Kos klinik boleh diambil daripada simpanan kecemasan memandangkan kosnya tidaklah memberi kesan besar kepada kewangan.
Daripada melanggan takaful untuk klinik, lebih baik bajet yang sama digunakan untuk takaful perubatan hospital dan sakit kritikal.
Kos rawatan hospital dan penyakit kritikal selalunya mencecah beribu-ribu ringgit dan ia memberi kesan besar dalam kewangan.
Jadi, utamakan bajet untuk takaful untuk perlindungan perkara-perkara yang memberi musibah kewangan yang besar spt kos rawatan hospital dan penyakit kritikal berbanding perkara-perkara kecil seperti kos klinik.
Dapatkan maklumat mengenai medical card Medisavers Takaful
Tidak boleh kah insurans klinik disekalikan dalam insurans hospital? Bagi saya kita lebih dulu akan berulang alik ke klinik sebelum ke hospital apabila sakit. Jadinya kos klinik dulu yang perlu ditanggung oleh penerima manfaat insurans hospital kan?
Kenapa plan insurans mempunyai perlindungan rawatan di klinik manakala takaful tidak ada? pelik