Meminta VS Memberi

Dipetik dari FB Zahiruddin Juatin

Dalam hidup kita ini terdapat dua jenis manusia iaitu suka meminta dan suka memberi.

Mereka yang mentalitinya suka meminta ini secara psikologi adalah mereka yang takut kekurangan sesuatu. Mereka risau jika mereka memberi contohnya harta atau ilmu, maka mereka takut ada pesaing lain yang akan mengalahkannya nanti.

Sedangkan mereka yang mentalitinya suka memberi adalah mereka yang sangat suka berkongsi dan apabila berkongsi mereka berasa bahagia.

Mereka yakin soal rezeki itu datangnya daripada Allah dan semakin mereka memberi semakin luas rezekinya.

Dalam Islam, kata memberi ini lebih mudah difahami dengan perkataan sedekah. Bila kita bersedekah kepada orang lain, maka Allah menjanjikan ganjaran atau balasan yang berganda-ganda sepertimana firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 261 :

Maksudnya : Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (Rahnat) kurnia-Nya lagi Maha Mengetahui.

Begitu juga halnya dalam kehidupan seharian.

Andaikan anda seorang pekerja yang sangat memerlukan wang lebihan, cuba ubah mentaliti kita daripada suka meminta dinaikkan gaji kepada mentaliti memberi yang terbaik di tempat kerja.

Pastinya jika majikan melihat usaha kita yang bersungguh-sungguh, tanpa kita minta pun akan diberikan kenaikan gaji yang mungkin kita tidak sangka.

Maka kuncinya di sini adalah dengan meningkatkan nilai diri kita supaya berbaloi untuk majikan memberikan suatu kelebihan kepada kita nanti.

Berbeza jika sekadar meminta sedangkan tiada nilai tambah yang afa pada diri kita, maka majikan akan berat untuk menunaikan hajat kita.

Maka marilah bermula daripada sekarang, kita cubalah mengubah mentaliti kita daripada suka meminta kepada suka memberi.

Dalam konteks memberi (sedekah), peganglah kata-kata ini :

Memberilah sampai jadi kaya,
Bukannya sudah kaya baru memberi.

Perunding kewangan dan takaful anda.

Follow dan Set See First untuk mendapatkan tips kewangan dan kehidupan seterusnya.

Zahiruddin Juatin
INFAQ Consultancy
Ranau, Sabah.

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi 

Leave a Reply