Mengapa Harga Produk Takaful Lebih Mahal Berbanding Produk Insurans Konvensional??

“Mengapa harga produk takaful lebih mahal berbanding produk insurans konvensional”?

Ini antara soalan yang kerap saya terima.

Ada dua kaedah situasi untuk menjawab soalan ini.

Situasi pertama, ia ditanya dengan cara begini;

“Eh, kenapa harga takaful mahal berbanding insurans konvensional? Kata islamik sangat? Dah macam Yahudi pula”

Jika begitu, saya akan berikan jawapan ringkas dan sentap, saya boleh jawab “Awak sahajalah buat kompeni takaful. Kita tengok jadi Yahudi ke jadi Nasrani”

Situasi kedua, ia ditanya dengan cara yang baik menunjukkan si penanya betul-betul ingin tahu;

“Encik Afyan, kenapa harga produk takaful lebih mahal berbanding produk insurans konvensional?”

Jika ditanya sebegini, maka saya akan berikan respon dengan baik dengan huraian di bawah.

Huraian ini agak panjang, jadi fasten your seatbelt.

? Betul ke mahal?
#BetulKeMahal?

? Sebenarnya, jika dikaji betul-betul, ia tidak tepat. Saya pernah jumpa produk insurans konvensional yang lebih mahal daripada takaful, dan begitu juga sebaliknya.

? Di Malaysia ada 12 syarikat takaful, dan ada berpuluh-puluh syarikat insurans konvensional. Jadi, untuk menentukan mahal atau murah, perlu dapatkan quotation setiap produk yang ada di sellluruh kompeni baru boleh buat kesimpulan.

? Dan saya berani katakan, ada produk yang insurans konvensional lebih mahal daripada produk takaful.

Boleh jadi mahal, jika…
#BolehJadiMahalJika

? Sebenarnya situasi “takaful lebih mahal berbanding insurans konvensional” boleh berlaku jika dibandingkan 2 produk dari 2 syarikat berbeza tapi di bawah satu group kompeni yang sama. Contoh Syarikat ABC Insurans dalam masa sama ada pula syarikat ABC Takaful.

? Produk ABC Takaful lebih mahal berbanding produk ABC Insurans (kedua-dua dari satu kumpulan syarikat yang sama), bagi kategori dan manfaat yang sama – situasi ini kemungkinan berlaku

? Mengapa Mahal?
#MengapaMahal?

Sebabnya ia 2 produk berbeza dengan 2 portfolio berbeza.

?Setiap produk ada penilaian risiko tersendiri dan harga produk ditentukan oleh sejarah tuntutan dan jumlah pelanggan.

? Selalunya, jumlah pelanggan dalam produk insurans konvensional lebih ramai berbanding dengan produk takaful. Buktinya, kadar penembusan insurans konvensional lebih tinggi berbanding kadar penembusan takaful. 45% insurans konvensional dan 14% takaful.

? Dalam masa sama, kadar ratio tuntutan bagi produk takaful sangat tinggi, berbanding insurans konvensional.

Ia berkaitan dengan kesedaran orang Melayu
#IaBerkaitanDenganKesedaranOrangMelayu

? Perkara-perkara di atas ada kaitan dengan tahap kesedaran perlindungan takaful di kalangan orang Melayu Muslim yang sangat rendah. Bagi majoriti orang Melayu, takaful ialah bebanan untuk mereka, berbanding tahap kesedaran insurans bagi bangsa Cina terutamanya, insurans adalah keperluan, bukan bebanan.

? Jadi, ini menyebabkan orang Melayu kurang kesedaran terhadap takaful dan penembusannya sangat rendah. Dan apabila melanggan takaful, kebanyakan mereka akan rasa rugi jika tak claim dan seterusnya membatalkan polisi mereka selepas beberapa tahun melanggan takaful.

? Kadar lapse polisi takaful pula tinggi. Maksudnya, selepas setahun atau beberapa tahun melanggan takaful, ia tidak diteruskan sebab beranggapan “rugi sebab tak berlaku apa-apa”.

?Kesannya apa? Tabung takaful semakin berkurangan, dalam masa sama claim semakin tinggi sebab orang yang pernah claim akan pastikan polisi terus berjalan dan membayar caruman, manakala orang yang sihat pula berasa rugi mencarum takaful sebab tak claim.

? Walhal, konsep asal takaful ialah berkongsi risiko dan saling membantu antara satu sama lain. Musibah tidak kira bila, jadi dengan membatalkan polisi takaful selepas beberapa tahun melanggan disebabkan “rasa rugi sebab tak claim”, bukan keputusan bijak. Jika berlaku musibah selepas polisi dibatalkan, menyesal bukan kepalang. Saya pernah berhadapan banyak kali situasi begini.

? Situasi-situasi yang berlaku di atas, menyebabkan tabungan takaful yang dipanggil “tabung tabarruk” semakin menyusut. Apabila ia berlaku, harga produk terpaksa dinaikkan untuk memastikan ia terus relevan dan tidak berlaku kerugian.

? Mengapa medical card naik harga?
#MengapaMedicalCardNaikHarga?

? Ia juga adalah sebab kenapa di sesetengah syarikat takaful, harga produk medical card mereka naik mendadak.

? Barang diingat, syarikat takaful ialah sebuah entiti bisnes, bukan badan kebajikan. Setiap tindakan perlu diambil kira untung dan rugi. Tindakan yang diambil supaya syarikat tidak rugi dan terus menerus relevan untuk menerima lebih ramai pelanggan dan peserta.

? Berbanding produk insurans konvensional, ia mempunyai pelanggan-pelanggan yang melanggan disebabkan pemahaman sebenar fungsi insurans iaitu sebagai perlindungan kewangan. Mereka tahu bahawa musibah tidak tentu masanya. Kadar claim mereka terkawal. Jarang timbul isu “rugi bayar insurans sebab tak claim”.

Peranan Ejen
#PerananEjen

? Jadi di sini, betapa peri pentingnya peranan rakan-rakan ejen takaful untuk mendidik masyarakat supaya memahami bagaimana takaful berfungsi. Bukan sekadar mengejar sales semata-mata tanpa menitik-beratkan elemen pendidikan. Inilah yang saya cuba usahakan bersama-sama Team INFAQ Consultancy, untuk mendidik masyarakat tentang perancangan kewangan dan pemahaman takaful.

? Peranan ejen takaful bukan sekadar mencari pelanggan. Kita sebenarnya “pendakwah”. Ada mesej yang perlu kita sampaikan untuk meramaikan lagi peserta takaful.

? Kita juga adalah “pejuang”. Kita ada perjuangan yang perlu kita lakukan untuk memastikan takaful terus menerus relevan dan menjadi alternatif terbaik insurans konvensional.

? Kenapa syarikat takaful hanya terima orang sihat?
#KenapaSyarikatTakafulHanyaTerimaOrangSihat?

? Huraian yang dikongsi di atas boleh juga untuk menjawab soalan “Kenapa syarikat takaful hanya terima orang sihat?”

? Sebabnya, kompeni takaful ialah entiti bisnes. Setiap tindakan perlu dikira aspek untung dan rugi. Mengambil peserta yang tidak sihat sudah tentu berisiko claim tinggi. Apabila claim tinggi, tabung tabarruk tidak mampu menampung claim yang ada maka ia boleh menyebabkan syarikat rugi dan jangka masa panjang ia terpaksa ditutup. Apabila syarikat ditutup, maka hilang satu entiti penting masyarakat. Jadi dalam hal ini, kepentingan awam (menerima peserta yang sihat) lebih diutamakan berbanding kepentingan khusus (menerima peserta yang sakit)

Harapan
#Harapan

? Saya harap, huraian panjang lebar saya ini memberi pemahaman kepada semua tentang persoalan yang bermain di fikiran. Jika ada soalan lain, boleh kongsikan di ruangan komen. Soalan cara baik, saya akan jawab secara baik.

? Sebenarnya jika berjumpa face-to-face, lebih mudah saya nak huraikan dengan melukis di kertas.

? Jika ada rakan-rakan yang kreatif yang boleh “melukis” situasi yang saya ceritakan di atas, sangat dialu-alukan.

Afyan Mat Rawi
Ejen cabuk

#PS: Saya tulis panjang-panjang ni, ada orang baca ke? Cer komen sikit, faham tak yang saya tulis panjang-panjang ni. Ke syok sendiri ja.

Beberapa bacaan tambahan:
https://afyan.com/bayaran-meningkat-walaupun-tak-pernah-cl…/

https://afyan.com/jangan-terkejut-caruman-meningkat.html/

https://afyan.com/tiada-lagi-medical-card-full-cover.html/

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

Leave a Reply