Mengurus Organisasi Cara Bisnes

Pengalaman kira-kira 4 tahun berpersatuan di kampus suatu ketika dahulu terlalu berbeza dengan 4 tahun berikutnya selepas keluar daripada kampus apabila menceburi bidang bisnes. Beberapa orientasi pengurusan bisnes amat sesuai untuk dipraktikkan apabila mengendalikan persatuan, antaranya;

  1. Profit Oriented. Apabila mengendaikan perniagaan, sudah tentu matlamat utama adalah keuntungan. Keuntungan yang tinggi adalah sasaran utama. Untuk mencapai keuntungan yang tinggi, jualan yang tinggi perlu dicapai.
    Dalam menguruskan organisasi pula, amat penting menguruskannya dengan cara objective oriented. Sebab kadang-kadang persatuan diuruskan dengan cara program oriented. Apabila menguruskn organisasi cara program oriented, maka sasaran utama adalah memperbanyakkan program, bukan mencapai sasaran. Ironisnya, apabila menjadikan objective oriented sebagai orientasi organisasi, maka persatuan akan hanya menjadikan program sebagai alat untuk mencapai objektif.
  2. Post Moterm. Ia dilakukan di dalam bisnes untuk meilai sejauhmana pencapaian syarikat setelah berlalu satu tempoh yang telah ditetapkan berdasarkan sasaran yang diletakkan di awal pencapaian. Segala aktiviti yang membawa kepada keuntungan akan dikekalkan untuk masa-masa akan datang. Manakala jika terdapat perkara-perkara yang menyebabkan jualan atau keuntngan merosot, akan cepat-cepat dibuang atau diperbaiki.
    Di dalam sesebuah organisasi pula, amalan post moterm ini amat penting dalam menilai segala perjalanan persatuan menepati objektif yang telah digariskan di awal penubuhan organisasi. Jangan sampai persatuan mempunyai terlalu benyak program namun tiada satu pun mencapai sasaran utama organisasi. Akhirnya, penat sahaja yang dapat.
  3. Marketing. Marketing ini dilakukan di dalam bisnes dengan tujuan untuk mempromosi atau memasarkan sesuatu produk yang dikeluarkan oleh syarikat. Tidak guna sesuatu produk yang bagus dikeluarkan, malah yang terbaik di dunia sekalipun, jika proses marketing gagal dijalankan dengan baik.
    Begitu juga di dalam persatuan. Apabila persatuan menjalankan sesuatu aktiviti atau program, jika yang menghadirinya hanya jawatankuasa penganjur dengan exco sahaja, sudah tentu marketing persatuan tersebut bermasalah.
  4. Human Resource Development (HRD). HRD sesebuah syarikat menjalankan tugas untuk mencari pekerja-pekerja baru seterusnya merekrut mereka utnuk bekerja. HRD akan menjalankan proses interview untuk memastikan calon-calon yang memohon kerja mempunyai kelayakan dengan kekosongan yang ada. Seterusnya HRD akan melatih pekerja-pekerja untuk menyesuaikan diri dengan tugasan mereka.
    Ini merupakan perkara yang amat kurang diberi perhatian oleh kebanyakan persatuan. Malah kadang-kadang persatuan yang memiliki keahlian beribu-ribu orang sekalipun tidak mempunyai jawatankuasa atau exco yang menguruskan pembangunan sumeber manusia untuk kepentingan persatuan. Apabila hal ini berlaku, maka terjadilah kekurangan tenaga kerja mahir, jawatan yang diberi tidak sesuai dengan kemahiran seseorang, dan sebagainya.

1 thought on “Mengurus Organisasi Cara Bisnes”

  1. Saya amat tertarik dengan entri saudara berkaitan tajuk ni. ya, memang pengalaman di kampus tidak akan sama dengan apa yang akan berlaku diluar. Namun begitu, segala ‘jalan’ dan kekunci pintu untuk kita masuk ke ruang alam kerjaya selepas kampus sebenanya telah kita lalui di kampus. Apa yang penting bagaimana kita praktikannya semula di alam pekerjaan nanti. Teruskan usaha anda!

    Afyan: Betul tu. Pengalaman ‘kehidupan’ di kampuslah yang meyakinkan saya untuk terjun ke dalam bidang ini :). Pengalaman ini takkan dapat kalau sekadar tumpu kepada studi, exam, assignment sahaja!

    Reply

Leave a Reply