Merdekakah Kita

Merdekakah kita??

Merdekakah kita seandainya lebih suka memilih spaghetti, pizzaa dan burger, sedangkan geli untuk menyentuh cencalok, budu dan tempoyak?

Merdekakah kita seandainya lebih suka memilih kedai-kedai makanan barat; McDonalds, Kentucky Fried Chicken, Burger King, dan Kenny Rogers Roaster, sedangkan masih banyak lagi restoran-restoran muslim yang menanti-nantikan kehadiran kita sebagai pelanggan?

Merdekakah kita seandainya masih mendewa-dewakan artis-artis barat; Bradd Pitt, Britney Spears, dan Michael Jackson sedangkan lupa akan nama-nama nabi dan rasul?

Merdekakah kita sekiranya lebih mengagung-agungkan tokoh-tokoh sarjana barat seperti Edward de Bono, John Maxwell, Samuel Hatington, berbanding tokoh-tokoh ulama muktabar seperti as-Shafie, an-Nawawi dan al-Ghazali?

Merdekakah kita seandainya meminati lagu-lagu rock, heavy-metal, dan rap sedangkan kekok sekali untuk menyanyikan lagu-lagu tradisional seperti ghazal, dondang sayang dan nasyid?

Merdekakah kita seandainya anak-anak kita meminati hero-hero ciptaan barat Superman, X-Men, Spiderman, dan Harry Potter tetapi lupa sama sekali hero-hero agama Umar Abdul Aziz, Salahuddin al-Ayubi dan Hassan al-Banna’?

Merdekakah kita seandainya lebih mengingati lirik-lirik lagu artis-artis tempatan daripada mengingati surah-surah lazim?

Merdekakah kita seandainya lebih suka untuk menonton filem-filem tempatan dan luar Negara daripada membaca cerita-cerita tentang perjuangan Rasulullah dan para sahabat?

Merdekakah kita sebenarnya?

4 thoughts on “Merdekakah Kita”

  1. merdeka kah kita seandainya kita masih memakai kasut buatan bata, nike, adidas, power, crocodile, gucci dan sebagainya.

    kenapa x pakai kasut buatan gombak?..hehe

    Afyan: Kat mana ye nak cari kasut buatan gombak? dah banyak tahun duduk di gombak ni, tapi setakat ni belum jumpa lagi la kasut tu? Sdr Zul tahu?

    Reply
  2. kemerdekaan sebenar seorang pengembara bila ia mampu menentukan DESTINASI pengembaraannya sendiri!! dan kita semua adalah pengembara!

    Afyan: lebih MERDEKA apabila DESTINASI tercapai!

    Reply

Leave a Reply