Seorang teman menghubungi saya untuk mendapatkan pendangan tentang perancangannya untuk memulakan bisnes.
Terharulah pula….sebab saya bukanlah seorang usahawan yang berjaya. Saya hanyalah seorang perunding takaful 🙂
Oh, mungkin saya adalah orang terakhir yang dirujukinya selepas mendapat pandangan daripada ramai tokoh-tokoh usahawan berjaya.
â€Berapakah modal untuk mulakan bisnes tersebut?â€, soalan saya apabila berhadapan dengan rakan-rakan yag ingin memulakan bisnes sendiri.
Ya, modal adalah perkara yang penting di dalam bisnes, selepas ilmu bisnes. Kerana ia akan menjadi penentu kepada untung rugi bisnes berkenaan.
Modal besar tidak semestinya menjamin untung yang besar. Begitu juga modal yang kecil, bukanlah petunjuk kepada untung yang kecil.
Satu perkara yang saya selalu tekankan kepada sesiapa sahaja, jika saudara baru sahaja menjinak-jinakkan diri untuk berbisnes, mulakanlah dengan modal yang serendah mungkin. Lagi rendah lagi baik.
Sekalipun kita mempunyai modal tunai sebanyak RM 10, 000.00, mulakanlah bisnes kita itu dengan RM 1000.00 sahaja. Itupun sudah cukup tinggi. Baki RM 9000.00 lagi kita boleh gunakan untuk 9 bisnes lain seandainya bisnes pertama tidak berjaya. Sekurang-kurangnya dengan RM 10,000.00 tadi, kita boleh mencuba 10 jenis perniagaan, sebelum kita menemui bisnes yang betul-betul sesuai dengan kita.
Pengalaman Peribadi
Saya akui, saya bukanlah seseorang yang berani menagmbil risiko besar. Sebelum saya mengambil keputusan untuk menjadi perunding takaful sepenuh masa, saya telah mencuba beberapa bidang bisnes.
Kesemuanya tiada kaitan dengan kursus yang saya ambil di universiti dahulu, kursus undan-undang atau nama glamournya â€kulliyyah of lawâ€.
Ya, saya sebenarnya layak untukm menjadi lawyer. Tetapi hanyalah lawyer mi celup!
Oh, kembali ke topik asal. Berkenaan tentang modal.
Sepanjang pengalaman saya menjalankan beberapa bisnes, saya tidak berani untuk mengambil risiko yang besar untuk setiap bisnes yang saya lakukan. Saya akan sedaya upaya untuk meminimumkan modal bagi setiap bisnes yang saya cuba.
Saya pernah melakukan bisnes percetakan, kad pra-bayar, pembekal buku, pembekal alat bantu mengajar, menjual bunga pada konvokesyen, konsultan perundingan latihan, pasar malam, bazar ramadhan dan tidak ketinggalan juga menjual gorang pisang… Ops, bocor rahsia saya 🙂
Dalam banyak-banyak bisnes saya tadi, hanya dua kali saya memulakan bisnes dengan modal melebihi RM 1000, iaitu bisnes pembekal kad pra-bayar (prepaid card) dan bisnes jualan bunga ketika konvo. Sebahagian kecil pernah saya coretkan di tulisan saya beberapa bulan lalu yang bertajuk †Mengapa Mahu Jadi Ejen Takaful?†di http://afyan.com/?p=742.
Kedua-dua bisnes tadi, saya jalankan dengan modal melebihi RM 1000, dan saya serik melakukannya.
Entri akan datang;
• Pengalaman saya di dalam kedua-dua bisnes tadi.
• Kedua-dua bisnes tadi saya tidak rugi.
• Tetapi saya serik untuk melakukannya lagi.
Buku “Memulakan Bisnes Sendiri” karangan Sifu PTS, Puan Ainon Mohd. Bacaan wajib untuk sesiapa yang SEBELUM memulakan bisnes. Gambar diambil daripada blog http://www.bukubisnes.zamrimohamad.com
Salam,
Ingin berkongsi sedikit pengalaman yang tidak seberapa. Saya membeli 10 kerongsang sebagai persediaan untuk bekerja. Kebetulan pula saya beli di kedai harga borong.
Apabila kembali ke kampus, saya cuba membuat promosi jika kerongsang itu ada permintaan. Saya membuat borang pesanan, dan sesiapa yang ingin menempah perlu membayar dahulu 50 peratus harga kerongsang. Sebenarnya harga tersebut sudah cukup untuk saya membuat pembelian secara borong. Saya memperolehi 50 orang pelanggan yang menempah dan terus membuat pembayaran.
Maka dengan kos RM200 yang saya keluarkan dikira sebagai modal dan sudah mendapat untung daripada tempahan yang sudah dibuat. Untung saya agak lumayan juga bagi seorang pelajar akan memulakan kerja pertama.
Sdri Masayu,
Menarik perkongsian yang Sdri berikan.
Saya pun mempunyai pengalaman sebagaimana Sdri ketika saya menjalankan bisnes percetakan.
Memang saya ada merancang untuk menulisnya dalam siri “Tips Bisnes: Mulakan Dengan Modal Minimum”
Tungguuuuuuu….
Ramai orang sangka modal besar, untung besar. Modal kecil untung pun kecil. Sebenarnya tidak semesti sebegitu.
Contohnya, ada sesetengah perniagaan franchise perlu ada modal lebih kurang RM150,000 untuk dapatkan satu kiosk. Pendapatan bulanan lebih kurang RM2,000 sebulan. Jika anda membuat tuisyen atau menyediakan perkhidmatan plumbing, modal kurang daripada RM1,000, untung lebih daripada perniagaan franchise tadi.
Pilihan bijak di tangan anda.
Sdra GilaUsahawanDotCom,
Itu yang ramai orang takut.
Mereka sangka, untuk mendapatkan untung yang besar mestilah dengan modal yang besar. Walhal tidak semestinya begitu!
Entah kenapa sepanjang artikel tu, aku hanya berminat dengan perkataan Lawyer Mee Celup sahaja. Adakah kerana itu menunjukkan saudara Afyan mampu menjadi Lawyer dan menjual Mee celup dalam satu-satu masa?
Sudah tentu tidak!
Hmmm.. aku saje nak komen. Sebab suka perkataan Mee Celup tu. Sebab Nik Abduh pernah bagi gelaran Mee Celup pada seseorang. Mungkin itu adalah Afyan? Wallahua’lam.
Sdra Amdang81,
Mi celu ada pelbagai jenis. Yang disebut tu yang melakukan kerja-kerja bodoh.
Yang di sini menjelankan kerja-kerja cerdik sahaja 🙂
saya pon dah buat mcm2 bisnes…
dari MLM, burger stall dan mcm2 lagi…
x menjadi tapi bnyk ilmu yg saya dapat..
ilmu2 ini tidak mungkin kita dapat dlm
mana2 buku…
ilmu dari pengalaman amat penting utk
kita belajar selok belok perniagaan…
🙂
Sdra Aizat Kamal,
Betul tu. Selagi kita tidak mencuba, selagi tu kita tidak akan tahu bagaimana “seronok” dan “pedih”nya bisnes. Jarang rasanya seseorang usahawan yang berjaya pada usaha pertamanya.
🙂
Salam,
Betul tu, pernah baca dalam buku Nota Jutawan: Nota Perniagaan karya Irfan khairi, seboleh-bolehnya cuba buat perniagaan tanpa apa-apa pinjaman. Budget kecil buat secara kecil-kecilan dulu.
Setuju dengan aizat kamal, pengalaman yang dapat tu amat berharga.
Pernah buat takaful suatu masa dulu, dan MLM. Cuma yang kekal hingga kini sebagai perunding amanah saham, modal kecil/percuma tapi pulangan alhamdulillah lumayan.
Berjinak-jinak kembali dengan takaful, to offer more choice untuk pelanggan. Pastinya blog afyan antara yang saya selalu kunjungi (rss feed lagi)
Sdra Afandi,
Dalam dunia ini sebenarnya terlalu banyak peluang bisnes dengan modal yang amat minimum.
Memang dalam perancangan saya untuk menulis siri Tips Bisnes: Mulakan Dengan Modal Minimum 
… bagaimana akhirnya saya terjebak dan terjerumus menjadi ejen takaful ini… huhu
haha..sye stuju dgn entri ni..good!