Sepanjang saya menjadi perunding kewangan, juga seorang usahawan, soalan yang paling kerap diajukan kepada saya ialah;
“Apakah pelaburan terbaik?”.
Emas?
Perak?
Hartanah?
Saham?
Unit Amanah?
Takaful?
…. Atau apa?
Jawapannya sangat mudah; pelaburan yang terbaik ialah pelaburan untuk diri sendiri, yakni ILMU!
Sifir mudahnya ialah, seorang graduan dalam bidang kedoktoran, menghabiskan masa selama 5 tahun dengan kos pengajian RM100,000 hingga RM200,000, selepas grad ditauliahkan sebagai doktor perubatan dengan tauliah M.D dengan gaji RM3,000 – RM4,000 sebulan dan peningkatan sekitar 5% – 10% setahun.
Dengan gaji sebanyak itu, hanya perlukan masa selama 3-5 tahun sahaja untuk “balik modal”.
Jadi, R.O.I untuk pelaburan sebanyak RM100,000 – RM200,000 selama 5 tahun, akan mendapat titik pulangan modal sekitar 3 hingga 5 tahun selepas itu, dan kemudian kuntungan bersih 100%.
Ia satu pelaburan yang cukup lumayan.
Jadi, untuk pelaburan yang menguntungkan dalam emas, perak, saham, hartanah, unit amanah, takaful dan lain-lain, bukanlah soal “berapa modal pelaburan yang diperlukan”, atau “di mana perlu dilaburkan” tapi “sejauh mana ilmu pelaburan yang kita sudah ada”.
Gambar hiasan dari: http://www.kateholley.com.au, http://quotes.lifehack.org/