Adikku,
Keputusan UPSR bukan penentu masa depanmu,
Ia hanya penentu sekolah menengahmu sahaja.
Adikku,
PMRmu juga bukan penentu masa depanmu,
Ia hanya penentu aliran menengah atasmu.
Adikku,
Sijil SPM juga bukanlah penentu masa depanmu,
Sijil SPMmu hanyalah penentu di mana universitimu, di mana kolejmu,
Adik-adikku,
UPSR, PMR dan SPM bukanlah penentu masa depanmu,
Tidak sekali sebagai penentu kehidupanmu,
Bukan juga penentu jatuh bangun hidupmu,
Ia sekadar sekeping kertas.
Adik-adikku,
Pesananku ini bukan untuk melemahkan semangatmu,
Bukan juga untuk menggalakkan engkau supaya tidak perlu belajar,
Kerana ketahuilah olehmu,
Abangmu ini dahulu pernah mencatat keputusan cemerlang dalam UPSR, PMR dan SPM (ehem, ehem)
Adik-adikku,
Andai kau memperoleh UPSR 4A, PMR 9A, SPM 20A,
Akulah orang yang paling gembira dengan kejayaanmu,
Aku lebih gembira jika engkau tidak jadikan kertas sijilmu sebagai kiblatmu,
Dan aku lebih gembira jika engkau menjadi manusia berguna dunia akhirat.
Abangmu,
Afyan Mat Rawi,
UPSR 3A 1B, PMR 7A, SPM 6A.