Saya terima mesej;
“Assalamualaikum Encik Afyan,
Saya ada terbaca artikel tuan dalam Majalah Niaga bertarikh 14/11/2011 bertajuk “Saya tahu insurans dan riba itu haram, tetapi..”..
Saya ada melanggan polisi insurans dengan satu syarikat pada tahun 2014. Pada ketika itu, saya tiada maklumat mendalam tentang takaful dan agen yang menasihat meyakinkan saya bahawa polisi insurans yang diperkenalkannya itu adalah halal. Polisi itu saya langgan untuk saya, arwah isteri dan anak.
Pada hari saya bersama isteri betul2 belajar berkenaan takaful pada tahun 2014, barulah kami faham berkenaan beza antara insurans dan takaful. Jadi kami bercadang untuk hentikan insurans dan beralih kepada takaful.
Pada hari yang sama, isteri saya kemalangan dan meninggal dunia. Dan hari itu juga, polisi insurans yang dilanggan baru sahaja lulus dua hari sebelumnya. Syarikat ada menghubungi saya untuk tujuan pampasan seperti dalam polisi.
Saya bertanya pada tuan kerana tuan ada menyatakan pilihan untuk teruskan polisi insurans lama sementara polisi takaful berkuat kuasa sepenuhnya. Yang mana tuan risau kejadian tidak diingini berlaku dalam tempoh polisi takaful belum berkuatkuasa.
Alhamdulillah kini semua langganan insurans telah diberhentikan dan saya melanggan bersama takaful.
Soalan saya, dalam situasi saya ini bolehkah saya menggunakan pampasan daripada syarikat insurans tersebut?
Terima kasih.”
Saya menerima mesej ini dan saya respon;
“Waalaikumsalam.
Innalillah. Takziah buat Tuan sekeluarga.
Agak sukar juga saya nak berikan jawapan sebab ia melibatkan soal hukum.
Elok tanyakan kpd yg arif dlm hal ehwal muamalat.
Sebab saya hanya konsultan kewangan, dan bidang hukum muamalat sebegitu di luar kepakaran saya.
Saya boleh bantu kongsikan persoalan Tuan di FB utk dptkan feedback dari rakan-rakan dlm bidang, jika Tuan izinkan.
Mohon maaf”
Mohon bantuan ustaz-ustaz rakan-rakan FB dalam bidang muamalat utk bantu berikan pandangan hukum perkara ini.
Maaf, Tag:
Ust Nazri Chik
Ust Zaharuddin Abd Rahman
Ust Aznan Hasan
Ust Yusri Mohamad
Ust Ahmad Sufyan Che Abdullah
Ust Khairul Anuar Basri
(Nama-nama di atas yang terlintas buat masa ini)
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi