Minggu lepas ketika mengendalikan sesi latihan mingguan INFAQ Consultant, seorang rakan bisnes bertanya tentang ASB loan.
Soalan tersebut, saya jawab dengan persoalan; siapa yang paling untung apabila melanggan ASB loan?
Tidak lain tidak bukan, tentulah bank!
Sebagaimana produk-produk kewangan yang ada di pasaran, yang pertama untung ialah pengeluar produk berkenaan.
Tiada kira produk lain seperti insurans, takaful, unit amanah, kad kredit, pinjaman peribadi, pinjaman perumahan, pinjaman kereta dan lain-lain.
Ia direka untuk menarik pelanggan supaya pelanggan berfikir ia menguntungkan pelanggan, walhal sebenar yang pertama untung ialah ejen atau syarikat takaful / insurans / unit amanah atau bank.
Ia hanya memberi keuntungan kepada pelanggan apabila pelanggan menggunakannya dengan bijak.
Jika tidak, jadi pengguna terpijak.
===
Dalam sesi yang sama semalam, seorang rakan lain turut berkongsi pengalaman adiknya yang masih belajar yang turut terjerat dengan loan ASB.
Wakil sebuah bank datang ke universiti untuk menggalakkan pelajar memohon ASB loan RM50,000!
Saya geleng kepala.
Belum habis belajar, sudah diajar berhutang.
Pesanan ringkas saya semalam; apabila bank mempromosikan produk mereka, ia adalah untuk kepentingan mereka bukan kepentingan pelanggan.
Buktinya, jika kita tidak mampu untuk membuat bayaran, bank tetap akan menuntut tanpa mengira situasi kewangan kita.
Jadi pengguna bijak, bukan pengguna terpijak
Bole study juga kelebihan ASB loan. Jangan dilihat dr sebelah sudut sahaja. Pelajar tersebut bijak jika dia tau kelebihan yg dia ada. Masa nak graduate dia xpyh mintak belas ehsan sape2 untuk sewa baju konvo.