Kenapa saya lebih rekomen SSPN-I Plus berbanding Takaful Pendidikan – Bahagian ke-2
Tulisan ini adalah sambungan tulisan sebelum ini. Baca tulisan terdahulu di sini
Sebelum sambung, saya recap point penting dalam tulisan terdahulu. Ada beberapa step penting dalam melanggan polisi takaful sebelum sampai kepada pemilihan sama ada takaful pendidikan atau SSPN-I, iaitu
1. Ketua keluarga atau suami isteri perlu langgan income protection.
2. Jika ada bajet, langgan medical card utk setiap ahli keluarga.
3. Jika ada bajet, barulah boleh konsider untuk melanggan takaful pendidikan.
Selalunya saya akan cadangkan takaful pendidikan bagi seseorang yang sudah memenuhi keperluan takaful bagi income protection dan medical card.
Baca: di sini
Agak janggal untuk seseorang ayah atau ibu melanggan takaful pendidikan sedangkan diri sendiri belum ada sebarang polisi takaful atau coverage polisi mereka masih belum mencukupi.
Fungsi utama takaful, adakah untuk perlindungan.
Cuba bandingkan 2 situasi berikut.
Situasi 1: Dengan bajet RM300, langgan takaful utk suami isteri bagi plan income protection dgn coverage RM500,000 setiap individu jika berlaku musibah.
Situasi 2: Dengan bajet yang sama RM300, langgan takaful untuk anak-anak, dengan takaful pendidikan, dapat manfaat sambung bayar jika berlaku musibah.
Sekiranya berlaku musibah sama ada kematian, lumpuh atau sakit kritikal, polisi manakah yang benar-benar memberi impak kepada keluarga dan waris?
Cuba tanya kepada seorang balu yabg baru kehilangan suami soalan berikut:
“Mana yang lebih Puan perlukan; menerima pampasan sekaligus RM500,000 atau bantuan RM300 setiap bulan untuk simpanan anak ke universiti?”
Bayangkan balu tersebut ialah kita atau isteri kita kelak?
Sebab itu sangat penting utk jelas objektif dan bajet kewangan kita.
Jadi, apakah objektif sebenar takaful pendidikan?
Fungsi takaful pendidikan adalah untuk:
1. Menyediakan dana pendidikan apabila anak masuk universiti,
2. Sekiranya berlaku musibah kepada pembayar, dana simpanan tadi dijamin.
Dalam masa sama ada beberapa fungsi tambahan seperti:
1. Manfaat untuk anak spt elaun hospital, medical card, kematian, lumpuh dsb
2. Manfaat anugerah kecemerlangan utk UPSR, PMR, SPM dan sebagainya
3. Manfaat pelepasan cukai.
Ini contoh polisi takaful pendidikan:
– Caruman RM100 sebulan, dari anak umur 1 tahun hingga anak umur 20 tahun, maka dana pendidikan akan disediakan sebanyak RM25,000 ke RM300,000 (anggaran).
– Sepanjang tempoh itu, sekiranya berlaku musibah kepada pembayar, maka caruman RM100 sebulan tadi akan dikecualikan dan diteruskan oleh pihak syarikat.
– Dalam masa sama, dalam masa 18 tahun tersebut, anak tadi akan dapat manfaat tambahan tadi, bergantung kepada polisi.
Manfaat yang saya kongsikan di atas mungkin berbeza-beza mengikut polisi dan syarikat.
Bagi keluarga yang mempunyai kewangan yang kukuh dan sudah memenuhi keperluan takaful income protection utk suami isteri dan medical card untuk seisi keluarga, tiada masalah untuk melanggan polisi takaful pendidikan.
Bagi yang mempunyai bajet terhad, perlu plan sebaiknya supaya tidak overpaid.
Sebagai contoh, jika seorang ketua keluarga mempunyai bajet RM300 sebulan utk takaful diri sendiri dan target dana simpanan universiti 3 orang anak, ia juga boleh dipecahkan kepada.
1. RM150 langgan takaful untuk diri sendiri
2. RM50 x 3 orang anak utk bukan akaun Tabung Haji.
= TOTAL RM300 sebulan.
RM150 utk langgan takaful utk diri sendiri, boleh dapat coverage RM500,000
(NOTA: Ia bergantung kepada polisi, RM150 untuk umur 30 tahun, boleh dapat coverage RM500,000 jika berlaku musibah kematian, lumpuh dan penyakit kritikal)
Manakala RM50 x 3 orang anak tadi, jika pulangan purata 6% maka akak menghasilkan RM24,758 dalam masa 10 tahun atau RM68,827 dalam masa 20 tahun. Jumlah ini hanya anggaran.
Mungkin ada yang bertanya,
“Tapi RM50 x 3 orang anak yang simpan di TH, tidak ada manfaat waive bayaran bulanan sebagaimana takaful pendidikan”.
Al jawab, “Iya benar”. Sebab itu perlu ikuti step by step langganan takaful. Walaupun RM50 x 3 itu tiada manfaat waive pembayaran, tapi pembayar sudah pun miliki coverage RM500,000 dengan caruman RM150 tadi.
Sebelum teruskan pembacaan, clear tak penjelasan saya di atas?
Jika clear, Tuan-Puan akan nampak bagaimana fungsi SSPN-i Plus boleh memenuhi keperluan untuk membina dan simpanan pendidikan anak-anak.
Jika kita rujuk kepada plan yang ada dalam SSPN-I Plus, kita akan nampak jumlah spesifik yang masuk ke tabung simpanan, dan berapa jumlah untuk takaful.
Sebagai contoh, plan SSPN-I Plus Pakej Topas RM100 sebulan, ia akan dipecahkan siap-siap kepada RM90 untuk simpanan dan RM10 untuk takaful, sebagaimana berikut.
1. RM90 sebulan yang masuk ke tabungan simpanan: anggaran simpanan untuk 10 tahun ialah RM13,675, untuk 20 tahun pula ialah RM34,410.
2. RM10 sebulan untuk takaful pula memberi perlindungan RM40,000 kemalangan, RM10,000 kematian, RM10,000 penyakit kritikal, RM20 elaun hospital untuk pembayar.
Detail boleh rujuk website SSPN-I Plus
Insya Allah artikel ini akan bersambung lagi. Akan datang saya akan buat perbandingan lagi antara takaful pendidikan dengan SSPN-I Plus.
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi