Takaful bukan untuk buat untung, tapi untuk elak kerugian.
Jadi, jangan terkejut jika selepas membayar RM200 sebulan selama 5 tahun, nilai tunai tak sampai RM200 pun.
Apabila Tuan-Puan melanggan mana-mana produk takaful, sebenarnya Tuan-Puan mendapatkan ketenangan fikiran yakni jaminan bantuan daripada peserta-peserta takaful lain dan syarikat takaful sebagai pengendali gabungan takaful yang disumbangkan oleh para peserta.
Ia bukan untuk mencipta keuntungan atau peluang pelaburan.
Jika Tuan-Puan berhasrat mencipta keuntungan daripada takaful, maka elok kiranya Tuan-Puan menjadi perunding takaful. Memang Tuan-Puan akan mendapat keuntungan dari setiap peserta takaful yang menjadi pelanggan.
Dalam program-program kendalian saya, ramai juga peserta yang terkejut apabila saya memberitahu bahawa komisen ejen boleh mencecah sehingga 55% (termasuk overiding) pada tahun pertama dan boleh berpanjangan sehingga 6 tahun.
Sebagai perunding takaful, tidaklah menjadi kesalahan jika kita tidak ceritakan tentang berapa komisen kita dapat. Tapi perlu telus untuk menerangkan kos wakalah yang ditanggung oleh peserta yang boleh mencecah 90% pada tahun pertama.
Sebenarnya apabila Tuan-Puan melanggan takaful, kos-kos sepatutnya disertakan sekali dalam quotation yang diberikan ejen bersama Product Disclosure Sheet (PDS) atau nota helaian produk.
Malah kadang-kadang komisen ejen ada disertakan sekali di dalam quotation tersebut.
Jadi, jangan terkejut jika selepas membayar RM200 sebulan selama 5 tahun, nilai tunai tak sampai RM200 pun.
Harus diingat, kos wakalah tahun pertama mencecah 90% dan komisen untuk ejen pada tahun pertama (termasuk overiding) boleh mencecah 55%.
Kalau nak buat untung melalui takaful, jangan sekadar jadi pelangggan. Jadilah ejen takaful.
Potensi keuntungan dan pendapatan melebihi Perdana Menteri. Berminat jadi ejen takaful?
[contact-form to=”infaqevent@gmail.com” subject=”Berminat Menyertai #TeamINFAQTakaful”][contact-field label=”Nama” type=”name” required=”1″][contact-field label=”Umur” type=”text” required=”1″][contact-field label=”No. Telefon” type=”text” required=”1″][contact-field label=”Email” type=”email” required=”1″][contact-field label=”Lokasi” type=”text” required=”1″][contact-field label=”Status” type=”text” required=”1″][contact-field label=”Pekerjaan” type=”text” required=”1″][contact-field label=”Pengalaman berniaga / sales:” type=”textarea” required=”1″][contact-field label=”Mempunyai pengalaman dalam bidang servis kewangan? (Contoh: Ejen Unit Trust / Ejen Takaful / Pegawai Bank / Ejen Wasiat dll)” type=”text”][contact-field label=”Mempunyai lesen CUTE / TBE / IFP / RFP / CMRSL atau seumpamnya? Nyatakan” type=”text”][contact-field label=”Mengapa berminat menyertai INFAQ?” type=”textarea” required=”1″][contact-field label=”Apa kemahiran yg dimiliki untuk disumbangkan kpd bisnes? (Eg: Grafik, Public Speaking, Networking, dll)” type=”text”][contact-field label=”Sanggup untuk menghadiri training mingguan / bulanan di Bangsar South (HQ Takaful) dan Gombak (Pejabat INFAQ)?” type=”text”][/contact-form]
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi