Dipetik dari FB Razzaaq Ajaq
Semalam tuan Afyan Mat Rawi ada buat posting tentang takaful kenderaan lebih tinggi dari insurans konvensional.
Saya pula baru renew roadtax dan takaful scooter saya tu.
Biasa saya memang pilih takaful (islamik) jadi tak pernah pula bandingkan dengan insurans (konvensional) .
Hari ni saya cuba buat perbandingan antara takaful dan insurans untuk scooter saya tu.
Saya cuba minta quotation secara online. Ternyata insurans lebih murah berbanding takaful! Rujuk gambar.
Mungkin kerana ni ramai yang pilih insurans atau mungkin bila beli secara online, kita biasanya pilih yang paling murah.
Jadi mungkin tak perasan kita terambil insurans (konvensional).
Situasi ni bukan untuk motosikal sahaja. Kereta pun. Takaful hayat dan medical card pun ada islamik/konvensional.
Jadi bila kita nak pilih, pilih yang islamik iaitu takaful. Cara mudah nak pilih :
1. Cari perkataan takaful dalam quotation/proposal.
2. Baca product disclosure.
3. Kalau tak tahu juga, tengok nama syarikat, cari perkataan takaful.
Ni panduan saja ya.
Kalau dah terbeli insurans macam mana? Wajib berhijrah kalau ada pilihan walaupun kita akan rugi.
Biar rugi di dunia jangan rugi di sana.
Kongsikan jika bermanfaat.
Kalau korang tengah mencari servis renew TAKAFUL KENDERAAN bagi kereta / motor bersama roadtax. Ni ada link Tuan Afyan kongsikan.
#cikguscooter
INFAQ Consultancy
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi