Dalam takaful, tidak ada jual beli polisi. Istilah jual beli polisi adalah dari insurans konvensional.
Dalam insurans konvensional, kontrak yang terlibat ialah kontrak jual beli. Pelanggan bayar caruman, untuk dapatkan perlindungan polisi insurans.
Akan tersebut tidak patuh syariah kerana tidak lengkap rukun jual beli dalam muamalat Islam. Itu kita akan bincangkan dalam tulisan lain. Bab hukum hakam elok dikupas oleh pakarnya.
Dalam kontrak takaful, tidak ada jual dan beli polisi. Sebab itu istilah yang tepat ialah menyertai takaful, bukan membeli polisi takaful.
Pelanggan takaful dipanggil sebagai peserta takaful. Bayaran takaful yang dibuat adalah “sumbangan” bukannya premium atau caruman.
Kenapa “sumbangan”? Sebab, kontrak takaful bukan kontrak jual beli. Dalam kontrak takaful, peserta membayar sumbangan ke dalam tabung derma yang diuruskan oleh syarikat takaful. Kontrak yang terlibat ialah kontrak wakalah. Peserta memberi hak kepada syarikat sebagai wakil untuk memberi sumbangan derma tadi kepada peserta yang ditimpa musibah.
Manakala syarikat takaful dipanggil pengendali takaful, berbanding syarikat insurans konvensional dipanggil penanggung insurans.
Wang sumbangan oleh peserta dikendalikan oleh operator takaful untuk membantu para peserta yang ditimpa musibah sebagaimana dipersetujui dalam kontrak. Dan operator takaful bertindak sebagai wakil peserta untuk menguruskan wang dalam tabung takaful tadi dan mengambil upah melalui caj wakalah.
Syarikat takaful adalah entiti bisnes. Operasi yang dilakukan ialah operasi bisnes dijalankan secara patuh syariah. Ada terma dan syarat yang ditetapkan untuk memastikan operasi bisnes dapat diteruskan dan pelanggan mendapat manfaat.
Ia bukan badan kebajikan untuk memberi sumbangan atau menerima orang sakit sebagai peserta. Itu fungsi utama pusat zakat atau baitul mal. Sumbanhan sebegitu oleh syarikat takaful ialah melalui CSR dan zakat yang dibayar setiap tahun.
Itulah perbezaan di antara insurans dan takaful. Sambungan dari status terdahulu berhujung istilah takaful nyawa yang tidak tepat.
Jika ada yang salah, boleh tolong betulkan.
Jika ada soalan berkenaan hal ini, boleh ajukan dalam ruangan komen.
Jika ia berkaitan hukum hakam, elok tanyakan kepada para muamalat, saya bukan orangnya. Saya bukan ustaz, saya baru nak start.
Kita sama-sama biasakan yang betul dan betulkan yang biasa.
Afyan Mat Rawi
INFAQ Consultancy
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi