Ini adalah sambungan tulisan saya dalam siri “Tips Bisnes: Mulakan Dengan Modal Minimum”, yang boleh diiukuti di;
1. Siri 1: http://afyan.com/?p=1027
2. Siri 2: http://afyan.com/?p=1037
Secara umumnya, siri pertama adalah tips bisnes, manakala bagi siri kedua dan ketiga kali ini, ia sebenarnya adalah perkongsian pengalaman peribadi.
Di siri ketiga ini, saya kongsikan pengalaman “Bisnes Bunga Konvo”
Bisnes ini adalah bisnes kedua dan terakhir saya memulakan dengan modal melebihi RM 1000.00. Selepas peristiwa ini, saya menjadi serik mengeluarkan modal melebihi RM 1000.00. Mungkin bagi orang lain, RM 1000 adalah modal yang terlalu kecil untuk memulakan bisnes.
Dengan modal kira-kira RM 1000 lebih , saya berpakat dengan seorang kawan untuk menjual bunga ketika majlis konvokesyen di UIAM. Dia turut menyumbang RM 1000 bagi bisnes ini.
Kami melakukannya tanpa mendapat permit. (AWAS: Jangan Tiru!). Dalam congakan awal kami, kami akan beroleh keuntungan sekurang-kurangnya sekali ganda, kerana tiada kos sewa. Pembekal bunga kami peroleh deripada Geniting Highland.
Congakan kasar, harga kos bunga-bungaan tersebut adalah satu pertiga daripada harga jualan. Sebagai contoh, sejambak bunga dengan 12 kuntum bunga dijual dengan harga RM 60, hanyalah berkos RM 20 sahaja!
Jadi, dengan kos 1000 seorang, keuntungan kasar yang bakal kami dapat adalah mampu mencecah RM 2000 secara kasarnya, dalam masa beberapa hari!
Tetapi kami cuba optimis dengan meletakkan target 1000 sahaja seorang selepas tolak kos-kos lain terutama komisen ejen.
Kami melantik ejen daripada kalangan pelajar untuk menjualnya, dengan tawaran komisen 25% setiap jualan. Mereka tidak perlu keluarkan modal satu sen pun! Saya mencari ejen-ejen jualan bunga kami daripada kalangan pelajar-pelajar UIA sendiri.
Sehari sebelum jualan bermula, kira-kira 10 orang ejen kami perolehi. Namun malang sekali apabila sebahagian ejen-ejen tersebut menarik diri pada hari pertama lagi dengan alasan malu! Oh, hampeh betul…
Maka tinggallah beberapa kerat lagi yang sudi untuk meneruskan. Cabaran pertama; ejen menarik diri.
Cabaran kedua; Pak Guard! Bukankah sudah saya sebutkan tadi, yang bisnes yang saya lakukan ini secara illegal tanpa permit? Maka itulah risikonya 🙁
Pada hari kedua, Pak Guard datang memberi amaran kepada kami agar tidak membuat jualan, jika tidak bahan jualan kami akan dirampas. Aduh, bala!
Agak panik saya ketika itu. Mujurlah pengalaman berdemonstrasi zaman pelajar dahulu sedikit sebanyak mengajar saya. Hoho…
Setelah berdiplomasi, saya berjanji saya tidak akan berniaga lagi di situ. Ya saya mengotakan janji apabila tidak lagi berniaga di â€situâ€. Kemudian saya berniaga di â€sanaâ€. Saya pun beralih ke tempat lain demi mengotakan janji saya kepada pegawai sekuriti tadi untuk tidak berniaga di â€situâ€.
Sesi â€main kejar-kejar†dengan sekuriti tadi berlansung beberapa kali. Mujurlah bertembung dengan pegawai yang berbeza, sekurang-kurangnya boleh menggunakan cara diplomasi yang sama.
Lantaran insiden tersebut, beberapa orang ejen lain menarik diri. Aduh, memang bala… sehingga hari ketiga, iaitu sehari sebelum tamat tempoh konvo, tinggal saya seorang untuk menghabiskan jualan bunga-bunga yang berlambak dan semakin layu!
Akhirnya pada hari ketiga barulah modal RM 2000.00 kami mendapat pulangan. Saat-saat cemas melarikan diri daripada sekuriti masih terbayang sehingga kini. Tidak dapat dibayangkan sekiranya mereka bertegas merampas bahan jualan saya….
Pada hari terakhir, barulah jualan kami memberikan keuntungan. Alhamdulillah, dalam keadaan yang betul-betul desperado, akhirnya pulangan keuntungan kasar kira-kira RM 1,000. Selepas dibahagikan kepada dua bahagian dan ditolak dengan kos-kos lain, dapatlah seorang kira-kira RM 400 bersih dalam tempoh beberapa hari itu.
Sasaran asal adalah keuntungan bersih RM 1,000 seorang. Yang dapat hanyalah RM 400 seorang. Jumlah keuntungan ini terlalu jauh daripada sasaran kami, namun setidak-tidaknya lebih baik daripada rugi.
Yang paling mahal adalah pengalaman.
wahhh, hati kering betul bro afyan ni. pengalaman bisnes bro mmg banyak. aku tak penah lagi bisnes camtu. semuanya buat secara online.
sbbnya, bukan guna teknologi terkini. tapi aku segan nak berhadapan dgn org ramai. huhu. pelik kan? tapi jgn pelik sgt, sbb ni citer betul. 🙂
tapi memang betul apa yg bro afyan bagitau tu, pengalaman yg paling mahal. bak kata lirik lagu ape ntah, “pengalaman yg mendewasakan kita”.
p/s: tak sabar tunggu siri ke 4 ni bro.. hee..
Terima kasih kerana sudi menunggu 🙂
Pengalaman biasa daripada orang biasa-biasa sahaja 🙂
pengalaman biasa daripada orang biasa yang tak lama lagi akan jadi luar biasa. macam pernah dgr je ayat ni kan? hee…
Ops…kantoi ke 🙂
ayat orang-orang buat networking MLM biasanya aku dgr camtu.
termasuk-lah parents aku sendiri.. hee..
bro afyan ada wat gak ke networking MLM ni?
Pergh… respon pantas lagi cepat.
MLM? Suatu ketika dahuluuuuuuu…..
kebetulan je ni bro afyan. tgk cek email pastu ada email drp bro (sebab aku subscribe to comment). so apa lagi, aku reply cepat2 la.. hahah..
hahaha..bnyak gak utk..skrg kat luor xterniat ker nak menyambung jual bunga?
masyukk jer dgr..
pembekal un dari genting highland tuu!great…