Jangan Ambil Polisi Takaful / Insurans Pendidikan!
www.afyan.com
Takaful pendidikan bertujuan untuk menabung bagi memastikan simpanan universiti anak-anak berterusan sekalipun musibah berlaku ke atas ibu / bapa. Ia adalah extension kepada perlindungan untuk kategori perlindungan kematian, lumpuh dan penyakit kritikal. Dalam masa sama ia turut memberi sedikit perlindungan kepada anak.
Namun anda masih belum perlu untuk mengambil polisi takaful / insuran pendidikan sekiranya menepati salah satu daripada syarat-syarat berikut;-
1. Anda sendiri masih belum memiliki perlindungan untuk diri anda sendiri.
Apalah gunanya sekiranya perlindungan yang diberikan hanya kepada anak sedangkan perlindungan utama kepada ayah / ibu tiada.
Pernah terjadi satu kejadian apabila seorang balu menuntut pampasan ka atas kematian suaminya. Selepas semua dokumen lengkap, maka syarikat takaful / insuran telah meluluskan pampasan kematian bagi perlindungan yang diambil. Namun, alangkah terkejutnya si balu apabila polisi-polisi yang dimiliki oleh arwah suaminya adalah polisi pendidikan! Pampasan yang diberikan adalah pengecualian premium sehingga umur anak-anaknya mencecah 18 tahun.
Baca juga: http://afyan.com/?p=249
2. Anda mempunyai harta yang banyak yang tidak akan habis sehingga 7 keturunan.
Jika anda sekaya Syed Muhtar Bukhari atau Donald Trump, maka anda tidak perlu memiliki polisi takaful pendidikan untuk anak anda, kerana wang anda sudah lebih mencukupi untuk membiayai anak anda ke universiti.
Atau mungkin juga anak-anak anda boleh mewarisi harta kekayaan anda tanpa perlu masuk ke universiti.
3. Anak-anak anda sebijak Adi Putra atau secerdik Madihah.
Jika anak anda mempunyai tahap IQ yang tinggi seperti Adik Adi Putra, atau mendapat keputusan 20A di dalam Sijil Pelajaran Malaysia seperti Adik Nor Madihah, maka akan ramailah penaja-penaja atau universiti-universiti akan sudi menghulurkan bantuan untuk membiayai pelajaran anak-anak anda untuk menyambung pelajaran ke universiti. Jika bernasib baik, mungkin mendapat rumah baru 🙂
Apa pun, tahniah buat Adik Nur Madihah yang mendapat 20A di dalam SPM baru-baru ini!
Saya tak faham “Produk takaful pendidikan tiada gunanya seandainya ayah / ibu tidak mengambil perlindungan takaful untuk diri sendiri.”?
kenapa pulak macam tu?
Kerana apabila berlaku kematian, polisi pendidikan tidak memberikan pampasan tunai kepada keluarga, kecuali manfaat “sambung bayar”, atau payor saving.
salam,
tp ada juga client xnak terima nasihat kita sbg ejen ni…kita kata jgn ambik yg pendidikan..nak jugak..so, how can i help? explain dah-ikhlas dah dr hati kita…jgn nti apa2 hal, salahkan kita…