Pelaburan Pertama – ILMU

Pelaburan Pertama | ILMU

“Sesiapa yang mahukan dunia, mestilah dengan ilmu, sesiapa yang mahukan akhirat juga hendaklah dengan ilmu, dan sesiapa yang mahukan kedua-duanya maka hendaklah dengan ilmu. ” – Ali bin Abi Talib

“An investment in knowledge pays the best interest.” – Benjamin Franklin

Pengalaman saya bertemu pelanggan atau memberi penerangan pengurusan kewangan, apabila topik pelaburan disentuh, soalan yang akan pasti ditanya ialah; “Apakah pelaburan yang paling bagus?”

Sejujurnya, soalan tersebut sebenarnya tiada jawapan khusus kerana setiap jenis pelaburan ada kelebihan tersendiri.

Ia umpama soalan; “Apakah makanan yang paling sedap?”

Jika ada jawapan, maka jawapannya ialah “pelaburan ilmu”.

PELABURAN ILMU

Memulakan pelaburan dengan melabur dalam menuntut ilmu, boleh meminumkan risiko kerugian kerana dalam mana-mana pelaburan tidak dapat tidak lari daripada risiko dan ia akan seiring dengan keuntungan dan kerugian.

Sebagai contoh, sebelum membuat pelaburan dalam hartanah, perlu pelajari selok belok hartanah yang bakal dilaburkan. Ia ada beberapa cara pelaburan hartanah seperti beli dan jual, atau beli dan sewa. Setiap satu ada strategi, teknik dan guru tersendiri. Orang yang pakar dalam strategi pelaburan gaya beli dan sewa tidak semestinya pakar dalam pelaburan beli dan jual.

Begitu juga dalam strategi pelaburan dalam pasaran saham. Ada analisa fundemantal, ada analisa teknikal dan setiap satunya ada matlamat dan cara berbeza.

Orang yang biasa membuat untung dengan pasaran saham, belum tentu mampu lakukannya dalam pelaburan hartanah.

Pelaburan hartanah dan pelaburan saham di atas hanya sekadar contoh.

ILMU, GURU DAN HARGANYA

Dalam setiap pelaburan, ada “guru” tertentu yang boleh dijadikan panduan dan rujukan.
Sudah tentu dalam mendapatkan ilmu tersebut daripada pakar atau guru, ada “harga” yang perlu dibayar.

Ia mungkin;

– serendah “percuma” daripada artikel, blog atau ebook percuma, atau

– buku-buku tulisan pakar yg harganya sekitar puluhan ringgit, atau

– mungkin juga yuran kursus dan seminar sekitar puluhan atau ratusan ringgit,

– malah mungkin juga ia setinggi ribuan ringgit sehingga 4 atau 5 angka untuk personal coaching dan mentoring.

Keempat-empat jenis pembelajaran di atas, saya berpengalaman mengikutinya.

Segala-galanya untuk mendapatkan ilmu daripada sang guru. Sebagaimana sekolah atau universiti, ada yuran pengajian yang perlu dibayar.

Pengalaman saya, yang percuma kebanyakannya kurang berkualiti dan kita jarang hargai ilmu percuma.

PENGALAMAN; ILMU PERCUMA DENGAN HARGA YANG TINGGI

Pengalaman merupakan guru yang paling berkesan.

Pengalaman atau “street smart” yang digabungkan dengan guru pembelajaran formal atau “street smart” sudah tentu menghasilkan impak keuntungan yang berganda.

Pengalaman adalah proses menuntut ilmu yang percuma namun dengan harga yang sangat mahal!

Kerana, pembelajaran melalui pengalaman ini memungkinkan kesilapan. Kesilapan yang seterusnya menjadikan kerugian ini juga ada “harga” yang perlu dibayar!

Saya pernah menerima mesej daripada seorang pelabur (tidak perlu saya nyatakan pelaburan apa kerana ia akan menimbulkan sentimen terhadap industri pelaburan berkenaan) yang mengadu tentang pelaburannya yang sedang mengalami kerugian.

Saya tanyakan, mengapa beliau membuat pelaburan tersebut, responnya daripada pengaruh rakan.
Soalan seterusnya saya tanyakan ialah ilmu pelaburan yang dipelajarinya dari siapa, katanya dari syarikat yang menawarkan pelaburan berkenaan secara percuma.

Akhir sekali saya katakan kepadanya anggap sahaja pengalaman ini adalah “kelas pelaburan” yang disediakan dari langit, dan kerugian yang dialaminya pula ialah yuran pembelajaran yang dia perlu bayar.

Ya, ilmu daripada kelas pengalaman yang cukup mahal harganya. Silibus pengajiannya adalah; jangan pisang berbuah dua kali!

Lihat Bagaimana Kes Ejen Takaful Misselling & Missleading Ini Diselesaikan

misselling misselling2

 

 

Saya pernah menguruskan kes-kes misselling seorang pelanggan takaful haji apabila diperdaya oleh ejen bahawa 90% caruman masuk akaun simpanan dan dijamin pergi haji melalui Tabung Haji.

Selepas menerima polisi takaful, terkejut bukan kepalang pelanggan tadi apabila dinyatakan di dalam polisi bahawa 90% masuk ke akaun syarikat dan hanya 10% masuk ke simpanan pelanggan.

Ini adalah surat aduan yang dikirimkan kepada beliau kepada Bank Negara Malaysia dan alahamdulillah dalam kes ini, beliau menerima 100% wang caruman.

beware-of-insurance-mis-selling-at-banks[1]

Saya kongsikan perkara ini supaya para pengguna alert dengan perkara ini agar menjadi pengguna bijak, bukan pengguna terpijak.

Kerjaya usahawan merupakan kerjaya yang mulia kerana ia usahawan yang jujur disabdakan Rasulullah (s.a.w) akan bersama dengan para nabi dan Rasul di akhirat kelak.

Apatah lagi usahawan dalam bidang takaful yang mengajak orang ramai berhijrah dari sistem konvensional kpd sistem bebas riba, dan yang penting sebagai medium perlindungan kewangan seandainya berlaku musibah.

Namun ada segelintir ejen yang merosakkan imej bisnes takaful sehingga orang ramai sangsi dengan takaful. Saya tiada statistik utk perkara ini.

Statistik yang ada ialah kadar penembusan takaful di Malaysia tidak sampai 20%, dalam masa 30 tahun takaful wujud di Malaysia.

Negara yang maju ialah negara yang rakyatnya celik kewangan.

Jadi pengguna bijak bukan pengguna terpijak.

Buat pemegang polisi takaful, semak polisi anda dan pastikan ia sama dengan apa yang ejen ceritakan.

Kepada yang baru bercadang, semak Product Disclosure Sheet suapaya ia seiring dengan apa yang diceritakan oleh ejen.

Anda mampu mengubahnya.

SHARE jika bermanfaat.

45 Hari Tanpa Gaji Kakitangan Awam – Tip Ini Membantu Anda Merancang Kewangan

Calendar%20Image-1524x975[1]

Musim perayaan semakin hampir.

Berdasarkan Pekeliling Jadual Pembayaran Gaji Kakitangan Awal 2015, kakitangan awam bakal memperoleh gaji lebih awal pada bulan Julai.

Ia berita baik buat kakitangan awam kerana mereka akan terima gaji seawal 9 Julai, memandangkan hari raya Aidil Firi dijangka jatuh pada 17 atau 18 Julai.

Tarikh penerimaan gaji ini awal 2 minggu berbanding biasanya ia diterima pada 22-25 haribulan.

Berita buruknya pula ialah, gaji pada bulan berikutnya pula diterima pada 25 Ogos 2015, yakni 45 hari selepas gaji diterima pada bulan Julai!

Ya, 45 hari – hampir 7 minggu, dan melebihi sebulan tempoh tersebut.

Ia merupakan cabaran besar bagi penjawat awam untuk mengurus wang gaji tersebut.

Jadi tulisan ini memberikan beberapa tip dan panduan kepada para penjawat awam untuk menguruskan gaji sebegini, dan ia juga boleh digunakan pada masa-masa akan datang kerana situasi yang sama turut dijadualkan akan berlaku pada bulan September sempena sambutan Aidil Adha dan bulan Disember bagi sambutan Krismas.

Saya bahagikan kepada 3;

  1. Persediaan mental
  2. Sepanjang bulan Ramadhan
  3. Persiapan perayaan

 

Persediaan mental dan persiapan awal

  • Ingat, yang berlaku hanyalah “terima gaji lebih awal”, bukan “terima gaji lebih banyak”. Anda hanya menerima gaji 2 minggu lebih awal, bukan menerima gaji 2 mingu lebih banyak. Menganggap penerimaan gaji lebih awal sebagai bonus adalah petanda buruk dalam perancangan kewangan.
  • Oleh itu, belanja secara normal dan tidak habiskan wang gaji pada bulan Jun dalam masa 14 hari beza masa penerimaan gaji Jun – Julai. Jika tidak, maka akan meranalah selepas raya kelak.
  • Kemudian, gaji bulan Jun yang diterima pada 25 Jun jangan dihabiskan menjelang gaji 9 Julai. Sebaik sahaja terima gaji 9 Julai, simpan ia untuk digunakan pada waktu yang sebatelnya. Gunakan gaji tersebut hanya selepas 25 Julai, bukan sebaik sahaja ia diterima pada 9 Julai.
  • Rancang perbelanjaan menjelang musim perayaan dengan baik. Selalunya perbelanjaan akan meningkat setiap kali menjelang musim perayaan. Jadi, jika tidak dirancang dengan baik, ditambah pula dapat gaji lebih awal – kita akan lebih terdorong berbelanja.

 

Sepanjang Bulan Ramadhan

  • Usah membazir. Mengikut data yang dikeluarkan baru-baru ini, rakyat Malaysia membazirkan 270,000 tan makanan! ia menunjukkan bahawa rakyat Malaysia suka membazir dalam membeli makanan.
  • Hadkan perbelanjaan di bazar Ramadhan. Caranya ialah dengan membawa wang yang cukup-cukup sahaja seperti RM5 atau RM10 atau RM20 sahaja supaya kita tidak berbelanja melebihi had. Jika tidak pergi ke bazar Ramadhan adalah lebih baik. Sehari dapat jimat RM20, maka sebulan kita dapat jimat RM600.
  • Jika ke bazar Ramadhan juga, tahan nafsu lapar anda. Di bazar Ramadhan kita tentu rasa ingin membeli semua makanan yang kita suka, tapi ketahuilah bahawa bulan puasa ada 30 hari dan jika sehari kita bei 2 jenis makanan, sebulan ia berjumlah 60 jenis. Esok masih ada.
  • Memasak makanan sendiri adalah lebih afdhal, lebih baik dan lebih ekonomi. Ambil kesempatan waktu pulang yang lebih awal berbanding di luar bulan Ramadhan untuk menyediakan makanan sendiri.

 

Persediaan Perayaan

  • Bersederhana adalah lebih baik. Ada yang lebih penting daripada baju raya, kuih raya, kereta raya, perabot raya, langsir raya dan sebagainya – iaitu ikatan silatur-rahim sesama ahli keluarga dan sanak saudara. Fokus kepada aktiviti ziarah menziarahi bukan kepada menunjuk-nunjuk.
  • Baju raya – jika baju tahun lepas masih molek, maka eloklah gunakannya sekali lagi. Jika beli baju baru, belialah pakaian yang boleh dipakai di luar musim perayaan agar ia tidak membazir dan terperok di dalam almari selama 11 bulan di luar musim raya. Lebih malang lagi, apabila hendak dipakai pada raya berikutnya, saiz baju semakin mengecil.
  • Hias rumah tidak semestinya dengan perabot dan langsir baru. Mungkin dengan hanya cat dengan warna yang lain boleh memberikan pemandangan baru kepada rumah umpama rumah baru.
  • Merancang untuk tukar kereta sempena raya? Elok fikirkan alternatif menaiki pengangkutan awam atau menyewa sahaja di musim perayaan. Lebih menjimatkan berbanding membayar ansuran bulanan kenderaan yang terpaksa kita tanggung 11 bulan berikutnya, dan 7 – 9 tahun hutang. Tidak masuk lagi kos-kos lain memiliki kenderaan seperti petrol, roadtax, insurans kenderaan, servis dan sebagainya. Jika selama ini kenderaan sedia ada sudah memadai, kekalkan.
  • Jangan buat hutang. Cukup-cukplah dengan hutang sedia ada dan jangan tambah lagi hutang baru. Jauhkan sama sekali hutang baju raya, hutang kuih raya, hutang perabot, dan segala macam hutang yang hanya untuk kepuasan sementara.

 

Kes Penipuan Insurans Ala Skim Cepat Kaya Yang Patut Anda Tahu. Semak Segera Polisi Insurans Anda!

Insurans ala skim cepat kaya.Berita ini dari Harian Metro semalam, 1 Julai 2015.

insurans skim cepat kaya

Saya pernah berkongsi dahulu, jangan mudah percaya jika ada ejen-ejen insurans / takaful yang mempromosi produk takaful / insurans sebagai produk pelaburan.

Semak maklumat produk melalui PDS (Product Disclosure Sheet). Minta dari ejen. Jika ejen tak bagi, cari dalam website.

Ini posting lama saya; https://www.facebook.com/afyan.ikhlas/posts/10205352362039248

Sebenarnya tak susah nak jalankan skim cepat kaya / money game / illegal deposit taking dengan kononnya mempunyai lesen.

Perkara ini pernah berlaku dlm industri insurans suatu ketika dahulu.

Kisahnya begini;

Syarikat ABC-Insurance yg merupakan subsidiary company kpd ABC-Group yg turut mempunyai beberapa anak syarikat lain spt ABC-Bank, ABC-Investment dll.

Ketika itu produk Investment-Link Insurance baru diperkenalkan dalam market Malaysia.

Nak dijadikan cerita, ada satu group agensi di ABC-Insurance mempromosi produk insurans spt unit trust. Mereka menggunakan nama ABC-Group, ABC-Bank dan ABC-Investment, walhal mereka dari ABC-Insurance.

Mereka mempromosi pulangan pelaburan bukan mempromosi insurans.

Sebenarnya, kalau mereka jual produk pure-investment spt unit trust, komisen sekitar 2-3% shj.

Jadi mereka jual produk insurans dan mempromosi kononnya ia produk investment, dan dapat komisen mencecah 25%-35% ke 50%-60% termasuk overiding!

Mereka berikan quotation palsu, polisi palsu dan kantoi apabila pelanggan mendapat penyata tahunan.

Ia sempat berjalan beberapa tahun sebelum para pelanggan membuat laporan dan Bank Negara Malaysia.

Dalam kes ini, semua pelanggan yg membuat aduan mendapat duit mereka kembali dan agensi dibatalkan lesen kerana kesalahan misselling.

Dalam kes ini, pelanggan masih bernasib baik kerana industri insurans dikawal selia sepenuhnya oleh BNM dan jika berlaku misselling pelanggan boleh mendapatkan kembali wangnya dgn lebih mudah.

Berbanding skim ponzi lain, jika laporan dibuat dan BNM mengambil tindakan – wang syarikat akan dibekukan.

Berhati-hati, kawan!

Boleh kita jumpa depan-depan, supaya saya dapat kenal pasti pengurusan kewangan bersesuaian dengan diri anda?
Adakah tuan sudah terima emel kami?
Jika belum, mohon cek emel di folder spam
Ya, Sudah Dapat!