Perbezaan utama antara takaful dengan insurans adalah pada kontraknya.
Kontrak insurans adalah berteraskan jual-beli, manakala kontrak takaful pula adalah berteraskan kontrak derma.
Daripada kontrak jual-beli insurans inilah yang melahirkan unsur ketidaktentuan, judi dan riba, yang membawa kepada fatwa haram.
Alternatif kepada insurans adalah takaful, yang menggunakan kontrak derma untuk mengelakkan unsur ketidaktentuan, judi dan riba tadi.
Tulisan ini bukanlah untuk menghuraikan secara ilmiah dan akademik berkenaan hukum hakam insurans dan takaful, kerana saya bukanlah pakarnya.
Untuk mendapatkan maklumat secara ilmiah tentang perkara ini, boleh rujuk perkara ini di blog Ustaz Zaharuddin: http://www.zaharuddin.net/index.php?option=com_content&task=view&id=307&Itemid=72
Takaful dan insurans sama?
“Takaful hanya tukar nama sahaja, yang lain-lain semua sama sahaja dengan insurans konvensionalâ€, kata seorang ejen “takaful†konvensional.
“Sistem Takaful bukan menjawab persoalan pengharaman insurans. Sistem takaful hanya meniru struktur dan format insurans konvensional from A to Z dan ubah istilah bahasa Arab & guna aqad derma. Itu saja.â€, dipetik daripada sebuah laman forum kewangan.
“Bagi orang Melayu pada masa itu, insurans merupakan satu ‘benda baru’ untuk mereka dan mungkin kerana penguasaan bahasa Inggeris yang lemah, ini telah membuatkan mereka membuat pelbagai tanggapan salah mengenai Life Insurans dengan mengaitkan Life Insurans sebagai satu jual-beli nyawa atau jual-beli pampasanâ€, tulis seorang perunding kewangan di dalam artikelnya.
Jadi di manakah sebenarnya perbezaan insurans dan takaful?
Adakah benar bahawasanya insurans dan takaful sebenarnya menggunakan sistem yang sama?
Betul, insurans yang ada hari ini berasal daripada Barat. Insurans yang pertama dipercayai wujud adalah insurans perkapalan. Ia berasal daripada Eropah pada zaman pedagang-pedagang Inggeris belayar menggunakan kapal. Kapal-kapal ini terdedah kepada pelbagai musibah seperti lanun, karam, ribut, tsunami dan lain-lain. Maka daripada situ, mereka berpakat dan timbullah istilah insurans dan dimodenkan sebagaimana yang kita lihat hari ini.
Sistem takaful yang ada sekarang mengguna sistem pengiraan yang sama dengan apa yang ada di dalam insurans yang telah dimodenkan tersebut.
“Jadi, betullah takaful ini berasal daripada insurans?â€, ada pula yang berkata begitu.
Oh, tidak semestinya begitu kesimpulannya. Dari segi sejarah Islam juga, sistem yang sama telah diguna pakai pada zaman dahulu oleh pedagang-pedagang Arab. Jika di Eropah, para pedagang menggunakan kapal, pedagang Arab turut menggunakan kapal. Bukan kapal laut, tetapi kapal padang pasir; unta!
Mereka juga terdedah kepada pelbagai musibah seperti perompak, ribut padang ipasir, dan sebagainya. Maka daripada situ, mereka berpakat untuk berkongsi risiko, dan timbullah istilah “takafulâ€. Cuma takaful yang diamalkan oleh mereka tidak melalui proses pemodenan sebagaimana proses pemodenan insurans tadi.
Justeru, apabila takaful yang ada hari ini diwujudkan, ia menggunakan sistem yang telah lama wujud di dalam sistem insurans. Sistem takaful akan menilai dan hanya menerima perkara-perkara yang dibenarkan syarak sahaja. Sebagai contoh sistem pengiraan premium dan sistem ejensi.
Sebarang unsur yang tidak menepati kehendak syarak, akan dicari alternatif atau dibuang.
“Jadi, ini menunjukkan takaful menggunakan sistem yang sama! Maka tiada bezanya kita menggunakan insurans atau menggunakan takafulâ€, nampaknya masih tidak puas hati.
Yong-tau-fu
Mungkin penerangan sebelum ini masih ilmiah. Jika begitu, saya mengambil analogi yong-tau-fu.
Ya, yong-tau-fu.
Yong-tau-fu adalah makanan masyarakat Cina. Menu asal Yong-tau-fu adalah tauhu yang dicampurkan dengan kuah pati ikan atau khinzir. Rujuk: http://en.wikipedia.org/wiki/Yong_tau_foo
(nota: saya tidak pasti terjemahan untuk “meat paste of fish and pork†yang terdapat di dalam wikipedia, yang saya terjemahkan sebagai kuah pati ikan atau khinzir)
Hari ini menu ini sudah berubah dengan pelbagai bahan-bahan lain, seperti telur, sayur, sosej, dan sebagainya.
Sekiranya yong-tau-fu asal haram dimakan oleh orang Islam, kerana kandungan menunya adalah kuah pati khinzir, adakah ia masih haram sekiranya tiada lagi unsur tersebut?
Yong-tau-fu tidak boleh dimakan bukan kerana namanya yong-tau-fu. Sekiranya ia ditukar nama kepada “yong-tau-fu Halalâ€, atau “yong-tau-fu Islamâ€, atau “yong-tau-fu Ahmadâ€, ia masih lagi belum cukup syarat halal sekiranya ia masih menggunakan kuah pati khinzir!
Begitulah juga halnya dengan takaful dan insurans.
Fungsi insurans dan takaful adalah sama, iaitu untuk memberi perlindungan. Yang membezakan bukanlah premiumnya, bukanlah proses underwritingnya, atau juga bukanlah berapakah jumlah pampasannya. Atau juga bukanlah komisennya.
Ada beberapa perkara yang sama, dan ada beberapa perkara yang tidak sama. Asasnya ia dibezakan dengan kontrak yang mewujudkan takaful ataupun insurans.
Yang ada unsur haram itu; riba, judi dan ketidaktentuan.
Takaful halal bukan kerana namanya takaful, dan insurans adalah haram bukan kerana namanya insurans.
huh…. teringin nk makan yong tau fu lak…. yang halal ar macam2 ada
salam,
artikel yg betul2 menarik.. mintak izin copy artikel ni ke blog saya…
saya akan link kan ke website tuan.
Ben,
Silakan, ia dialu-alukan 🙂
terima kasih tuan..
jasa mu di kenang.. 🙂
Terima kasih kembali. Gunakalah mana-mana artikel di blog ini sabaiknya 🙂
Kawan saya dia ter-apply insurans ‘tanpa sedar’. Boleh tak dia convert kepada takaful? Untuk makluman, dia punya insurans adalah etiqa insurans. So kes kat sini, saya cadangkan dia cubalah tanya agen dia tu boleh tak convert ke etiqa takaful.
Kawan saya ni kerja kerajaan dan pertama kali ditolak bayaran insurans tu dari gaji baru-baru ni. So saya rasa belum terlambat untuk lakukan sesuatu.
Satu lagi pertanyaan saya, kalau insurans (konvensional) kenderaan kita masih aktif, boleh ke ditukar ke takaful?
Terima kasih Tuan. Selamat berpuasa.
Secara umumnya, tiada mekanisma direct untuk berpindah daripada insurans kepada takaful. Kerana syarikat insurans dan takaful adalah dua syarikat yang berbeza, sekalipun menggunakan nama yang sama. Kerana ia melibatkan kontrak.
Ia seumpama re-finance. Sebagai contoh refinance rumah, sekalipun kita membuat refinance rumah daripada bank yang sama, ia memerlukan proses membatalkan kontrak pinjaman yang lama dan membuat proses kontrak yang baru.
Sekalipun daripada syarikat yang sama nama, seperti Etiqa Insurans/Takaful, atau Prudential Insurans – Prudential Takaful, ia memerlukan untuk proses membatalkan kontrak yang asal (insurans) dan membuat kontrak yang baru (takaful). Walaupun nama sama, dan daripada perent company yang sama, ia tetap dua buah syarikat yang berbeza.
Bagi insurans kenderaan yang masih aktif, selalunya mesti menamatkan polisi yang lama dan kemudian mengambil polisi baru dengan takaful.
Pertanyaa Tuan Zul memberi idea kepada saya untuk membuat satu tajuk entri 🙂
saya dah baca habis artikel ni. Fikir mendalam dan hasilnya sebenarnya takaful/insurans tu tetap sama. Sbb ayat last en afyan tu saya setuju. Kalau lah kata syarikat insurans tu tak ada yang 3(Yang ada unsur haram itu; riba, judi dan ketidaktentuan.), maknanya bolehlah kan?
Secara umumnya yang berlaku di Malaysia apabila syarikat tu menggunakan nama Insurans maka ia adalah insurans konvensional yang menggunakan kontrak jual beli yang mengandungi unsur riba, judi, dan ketidaktentuan.
Atau saya terlepas pandang tentang syarikat yang menggunakan nama “insurans” di Malaysia tetapi tidak menggunakan kontrak jual beli yang mempunyai unsur riba, judi dan ketidaktentuan?
Mungkin Sdra Mi ada mengetahuinya?
salam,
makna secara jelasnya kita hanya perlu memilih syarikat yang mempunyai lesen pengendali takaful sahaja. betul k tuan afyan.. semua pengendali takaful telah jelas mematuhi syarat-syarat dalam aspek pematuhan syariah. mohon penjelasan dr tuan afyan.
Semua syarikat takaful mempunyai majlis pengawaasan syariah mereka masing-masing, justeru tiada keraguan untuk memilihnya.
salam…
mcm mana nak tukar etiqa insuran ker takaful, payah tak prosesnyer,ok thanks
Cik Puan Rozana,
Untuk menukarnya, tiada proseudur pertukaran secara terus. Yang ada ialah, Cik Puan perlu mengambil polisi baru dan seterusnya membatalkan yang lama.
Jika Cik Puan ingin lakukannya dan ingin berhijrah kepada Takaful IKHLAS, saya sedia membantu.
Wassalam.
salam…
kalau tukar kena bayar berapa. kena bawak ker surat insuran dulu.
lupa lak insuran untuk kereta, teme kasih..
Oh, jika begitu apabila tamat polisi asal, terus sahaja tukar kepada polisi baru. Hanya perlu dapatkan surat pemindahan NCD daripada syarikat lama.
tak jumpa ler form tu kat mana
http://afyan.com/ver1/servis/takaful-kenderaan-motor/
Saya nak yong tau fu halal ahmad maslan..hihi