Di Kandang Orang Bersalah: Frequently Asked Question (FAQ)

Pada suatu hari terserempak dengan seorang senior saya. Satu sekolah dengan saya, dan satu universiti dengan saya, malah satu kuliah dengan saya.

Satu soalan cepu emas yang saya sudah duga, “Awak buat apa sekarang?”.

Jawapan saya untuk soalan cepu emas tersebut, “Berniaga”.

Nampak wajahnya agak terkejut. Memang di dalam jangkaan saya. Maka saya pun menerangkan serba sedikit apa yang asya usahakan. Sambil-sambil itu saya sedikit sebanyak menawarkan kepada beliau perkhidamatan-perkhidmatan yang saya lakukan yang mungkin sesuai untuk beliau. Saya lakukan demikian adalah untuk mengalih perhatian beliau daripada bertanyakan soalan yang benar-benar cepu emas. Dan, tidak sampai beberapa ayat saya menerangkan tentang perniagaan saya, satu soalan yang sememangnya saya elakkan muncul juga.

“Habis tu, awak tak practise?” practise merujuk kepada pengamal undang-undang atau dengan kata lainnya sebagai peguam.

Saya bukan tidak mahu menjawab soalan tersebut, tetapi soalan tersebut selalunya akan membawa kepada topik perbincangan yan tiada sudahnya. Lebih-lebih lagi dengan seorang peguam yang selalunya taksub dengan bidang yang diceburi. Selepas 4 tahun saya bergelar graduan undang-undang, daripada sepuluh orang yang saya jumpa, sekurang-kurangnya tujuh orang akan meluahkan rasa kesal apabila mengetahui saya tidak prctise.

“Tak, saya terus berniaga selepas grad”, jawap saya ringkas, setelah usaha untuk mengalihkan perhatiannya kepada topik lain gagal. Nampaknya saya akan berhadapan dengan beberapa soalan-soalan cepu emas.

Dan sememangnya dugaan saya tepat apabila beliau berkata, â”Sia-sia awak belajar tinggi-tinggi, nak belajar undang-undang ni bukan senang. Kena hafal kes itu kes ini, akta itu akta ini, seksyen itu seksyen ini. Orang lain susah payah nak dapat degre LL.B, nak jadi lawyer, awak senang-senang je sia-siakannya”.

Jika tiga tahun dahulu, saya diajukan soalan-soalan ini, saya akan meningkah kata-kata itu satu persatu. Tapi setelah empat tahun berlalu, soalan-soalan sebegini sudah lebih seratus kali menerjah masuk ke telinga saya, sehinggakan saya boleh buat FAQ (Frequently Asked Question) untuk diri saya.

“Awak tau tak, betapa ruginya awak sia-siakan peluang yang ada. Kalau setakat berniaga, tak payah masuk universiti pun boleh buat…….”

Kali ini saya hanya senyum sahaja membiarkan beliau memberi hujah-hujah seolah-olah saya berada di kandang orang yang bersalah di dalam mahkamah dan dia pula pendakwaraya.

“Sekarang ni, nak cari kerja bukannya senang. Awak tengok penganggur-pengganggur berijazah”

Selepas pendakwaraya menghabiskan hujah-hujahnya, dan tanpa membela diri, saya membiarkan mahkamah tanpa hakim tersebut bersurai.

Maka perbicaraan pun ditangguhkan.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Yang pasti, perbicaraan akan disambung semula dengan pendakwaraya-pendakwaraya yang lain, tetapi masih dengan seorang pesalah yang sama dan soalan-soalan FAQ yang sama. Itulah nasib seorang pesalah tanpa peguambela.

19 thoughts on “Di Kandang Orang Bersalah: Frequently Asked Question (FAQ)”

  1. Salam.

    Soalan-soalan pendakwaraya itu mengingatkan saya pada peristiwa 17 tahun dulu sewaktu di tingkatan enam rendah. Hampir sama tapi tidak serupa.

    ”Awak tau tak, betapa ruginya awak masuk tingkatan 6 ni. Kalau setakat main-main, tak payah masuk form 6… masuk universiti atau berniaga lagi bagus…”

    Hmm.. lain senario..lain pula FAQnya..

    Afyan: Tentu sdr memahami perasaan orang-orang seperti saya 🙂

    Reply
  2. ntah, penat je belajar 6 tahun pasal law. apelah…

    hee hee… jgn mara…

    Afyan: Itu kalau betul-cetul ikut study-plan. Klau tak, mau kena 7-8 tahun termasuk repeat masa matrik 🙂

    Reply
  3. Eh, Pakdi pun bukan mengalami situasi yang sama ke? Hehe.

    Afyan: Hampir sama kot. Yang jadi masalah, bila beberapa junior saya yang amik keputusan yang semacam itu, saya menjadi sasaran oleh beberapa pendakwaraya yang menyabitkan kesalahan mereka kepada saya yang dituduh bersubahat!

    Reply
  4. Salam,
    saya pun memahami apa yang saudara rasai. Saya bekerja sebagai Research officer di fakulti elektrik tetapi itu hanya untuk mencari duit semata. Saya meminati bidang pembangunan Insan.Jadinya ada suara-suara yang mengatakan adalah rugi kerana saya akan melompat bidang. Tetapi saya tahu kekuatan saya adalah menjadi motivator terkenal satu masa nanti. Dalam tempoh 6 tahun ini sasaran saya adalah mendapat PHD dalam bidang pembangunan insan. Tambahan pula,gejala sosial ,keruntuhan rumah tangga dan masalah dalam masyarakat makin meruncing. Jadinya,pekerjaan pembangunan insan mempunyai masa depan yang cerah bukan?

    Afyan: Insya-allah, di mana ada jalan di situ ada kemahuan! Eh, blog kita menggunakan template yang sama la. Mungkin ada keserasian antara kita..

    Reply
  5. Hahahaha!!! … sama ja… saya pun asyik kena 🙂

    Afyan: Oh, benarkah? Mungkin saudara boleh kongsi pengalaman sdr di sini?

    Reply
  6. Abg. afyan, saya belum lagi menukar bidang tapi sudah menerima nasib yang agak sama dengan abg afyan. 🙂 Saya sering ditanya : “kenapa tak chambering?”, “tak rasa rugi ke, susah-susah belajar tapi tak nak merasa pengalaman chambering?”, “buat apa susah-susah belajar teori tapi tak nak praktik?”.
    Kata kawan saya yang lain : “walaupun chambering ni memenatkan, tapi awak kena cuba , baru berbaloi belajar kos undang-undang”.. Kata-kata ni seolah-olah menunjukkan betapa ruginya saya sekarang ni tak chambering :), bagi saya, terpulanglah pada individu masing-masing. Kalau dia nak rasa, bagus untuk dia dapat pengalaman jadi chambee selama 9 bulan (yang mungkin saya tak dapat lalui), dan bagi saya yang tak nak chambering, saya dapat ilmu lain; usul fiqh, siasah syari’ah, asbab ikhtilaf fi syariah islamiyyah,al-qadha fil islam, dapat menadah kitab tua mughni muhtaj ulasan dari imam ibn khatib syarbini pelajar imam ghazali, pelajar imam syafie, dan subjek lain dalam masa hampir 8 bulan dengan mendapat satu lagi ijazah.
    Tanya kawan saya yang lain : “tak penat ke asyik belajar je? tak rasa jemu ke?”. Bagi saya, lagi banyak kita belajar, lagi banyak benda yang kita tak tahu dan saya sentiasa berdoa agar saya mati dalam menuntut ilmu. Saya akan teruskan cita-cita saya untuk terus menuntut ilmu dan moga suatu hari nanti saya dapat berkongsi ilmu saya dengan orang lain. Terima kasih buat kekasih saya merangkap suami tercinta, AFY kerana terus menyokong saya. 🙂 jazakallahukhairan jaza’..amin!
    Walauapapun hujah yang saya ada, saya tetap biarkan mahkamah tanpa hakim dan tanpa peguambela itu bersurai begitu sahaja dan keadaan itu tetap berlaku sedemikian pada masa yang lain.
    Buat abg afyan dan ahli team RK yang lain, teruskan usaha anda kerana setiap pekerjaan yang ikhlas pasti ada balasan baik daripada Allah.. aja aja basha!!!! 🙂 aja aja basha!!!

    Afyan: Kalu mamanusyayr kata “aja aja basha”, saya kata nakamoto!!!! arigato oziamas…

    p/s: terpengaruh dengan cerita “sumolah” 🙂

    Reply
  7. Sebenarnya, memang ramai yang keluar dari bidang asal masing-masing.

    Saya juga begitu. Rasa saya, tiada salahnya asalkan you’re good at what u do and it’s good for you.

    To En Afyan, En Amin, all those out there, just continue what you’re doing, but make sure u do it well. Jika ini jalan kejayaan anda, maka teruskanlah.

    Reply
  8. afyan..awak buat apa sekarang??? (100x)

    afyan..kenapa awak tak jadi peguam???? (100x)

    afyan..kenapa,kenapa,kenapa???? (100x)

    Afyan: Okla…okla… esok saya chamberring!

    Reply
  9. salam,

    kita senasib, saya pun dah bosan ngan soalan cepu mas tu yelah org semua dah bising coz belaja 6 tahun + chambering, setiap kali orang tanya saya ambik course apa saya cuba elakkan,
    tapi ramai je yang provoke sampaikan sometimes saya sedikit goyah ngan keputusan yang saya buat.

    semoga di kuatkanlah iman ini.

    Afyan: alhamdulillah, ada orang memahami saya. Sdri buat apa sekarang?

    Reply
  10. afyan,

    bakpe mung dok bubuh mesej aku dalang comment mu?

    aku hantor doh ke mung aritu…
    aku nak tumpang website mu jer, kalu kena bayor, aku bayor
    tapi bia aku kayer dulu..
    boleh ke dok

    -duwe

    Reply
  11. tapi macam mana pun kita plan masa depan
    ada kalanya kita terpaksa guna plan kecemasan
    mungkin kita akan rugi dari segi wang ringgit
    tapi tak kan dari sudut ilmu pun kita rugi kan kan kan

    aku punya plan lagi dahsyat
    terus berhenti setengah jalan dari ambil bacelor sains komputer
    tapi akhirnya aku juga sekarang buat busness
    ajar orang programming dalam bacelor sains komputer lagi

    namun macam ada pakdi ada ayat quran yang sentuh pasal ni
    “… Dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya. ” (al-Baqarah: 216)”

    sekian
    Amin007.org

    Reply
  12. Agaknya, apa nasib orang yang ‘bersalah’ tu ya? Nak tahu jugak pengakhiran kisahnya. 😀

    “kalau orang tak sekolah boleh berniaga, orang yg ada degree LAGI lah boleh berniaga”. 😉

    Reply

Leave a Reply