Paip saya masih didalam pembinaan, namun telah menunjukkan hasil!

(bandingkan dengan cerita Pablo dan Bruno) 

Oktober 2003 – Afyan & Kawan-kawan Afyan menamatkan pelajaran di UIAM dengan kelulusan ijazah undang-undang (LL.B)…

Afyan & kawan-kawan Afyan berpeluang untuk chambering atau bekerja dengan dengan mana-mana syarikat swasta atau jabatan-jabatan kerajaan…

Kawan-kawan Afyan mengambil keputusan untuk chambering atau bekerja makan gaji, tetapi Afyan cuba memulakan perniagaan.

Kawn-kawan Afyan lebih selesa makan gaji tetapi Afyan mengambil keputusan untuk berniaga. Rata-rata kawan-kawan Afyan memperkecil-kecilkan keputusan Afyan. Tidak terkecuali sanak saudara Afyan yang mengharapkan aku untuk meneruskan bidang guaman.

Oktober 2004. Setelah setahun lebih berlalu, ramai kawan-kawan Afyan sekarang berkeadaan selesa sebagai peguam atau bekerja tetap dan bergaji besar, tapi Afyan terus dengan perniagaan aku yang masih terumbang-ambing. Kawan-kawan masih memperkecilkan usahanya…

Oktober 2005. Dua tahun terus berlalu – perniagaan Afyan semakin stabil, tapi masih belum dibanggakan. Pendapatan Afyan sama taranya dengan kawan-kawan aku yang menjadi peguam, pegawai kerajaan serta pegawai swasta.

Oktober 2006. Tiga tahun di dalam dunia usahawan (layak ke?). Afyan telah berkahwin. Afyan telah mendapat anak. Tiada beza dengan kawan-kawan lain….. Malah ada juga kawan-kawan yang lain yang masih belum kawin dengan alasan tak cukup duit 🙂

Mei 2007. Paip (atau paip-paip) yang Afyan idam-idamkan masih di dalam pembinaan.

Teringat kata-kat asalah seorang sifu…. “The road to success is always under constuction”…

5 thoughts on “Paip saya masih didalam pembinaan, namun telah menunjukkan hasil!”

  1. paip pun ada byk jenis, besi ada, tembaga ada, pvc pun ada. pelajari ilmu yang berbeza utk paip yang berbeza! Makan gaji bagus, untuk mereka yang mempunyai spesifikasi makan gaji. (untuk mereka ini, baik jgn bisnes! nanti lingkup).
    senaraikan 100 orang paling kaya di malaysia, hampir pasti, mereka mempunyai spesifikasi orang membina paip!
    tahniah utk afyan… elakkan rasa berpuashati. sentiasa tingkatkan target, kalau cepat berpuashati, nanti self-sabotage macam ramai orang bisnes hadapi (saya pun pernah!)

    http://www.fadzliyusof.com

    Reply
  2. slm a.afyan…

    mula2 bc down jugak sy, a.afyan hari ini seolah2 memperkecilkan kerjaya kwn2..mgkin krn diorg pernah b’sikap mcm2 pd a.afyan dulu.. .

    tp bila bc komen a.mad, sy t’senyum kembali..sbb sy di antara org yg setakat hari ini langsung x minat bisnes walaupun realiti membuktikan bhw kebanyakan org berjaya dlm bisnes masing2, dan nabi pun cakap yg 9/10 sumber rezki 2 dtg dr bisnes..tp…bak kata a.mad,boleh lingkupla kalu sy buka bisnes..i cannot go…hehe..

    by the way..a.afyan bisnes ape ek? mcm x penah tau pulak..takaful 2 ke? 😉

    Reply
  3. Salam kembali untuk junior….

    Maaf, kalau saya ada yang berkecil hati. Mungkin saya terlebih emosional 🙂

    Untuk pengetahuan junior, saya sekarang sedang membina paip!

    Reply

Leave a Reply