Apa sudah jadi dengan industri insurans dan takaful di Malaysia?
Ini beberapa perkembangan yang dilaporkan oleh BERNAMA;
1. Produk takaful dan insurans di Malaysia masih tidak menarik, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM)
2. Kadar penembusan terkini hanyalah sekitar 56% dengan sasaran BNM ialah 75% menjelang tahun 2020, malah sepatutnya lebih 100% setanding negara maju.
3. Model bisnes insurans dan takaful di Malaysia, secara dasarnya adalah GAGAL.
4. Statistik 50% kadar penembusan insurans / takaful termasuk yang melanggan dua kali. Jumlah sebenar hanya 35% orang dewasa memiliki polisi
5. Bagi yang sudah memilki polisi, proses melanggan dan membuat tuntutan adalah proses yang merumitkan.
6. BNM menyeru agar produk dan saluran penyampaian perlu dipelbagaikan supaya ia bersesuaian dengan perkembangan penduduk Malaysia.
7. Terkini, kadar pengedaran produk insurans kurang 0.1% berbanding produk lain dan ia adalah sesuatu yang teruk kata Gabenor BNM memandangkan pengguna sekarang terdedah kepada banyak aktiviti digital.
6. Justeru, BNM akan memperkenalkan produk PERLINDUNGAN TENANG yang memenuhi 3 kriteria keperluan pengguna:
– mampu milik,
– boleh diakses, dan
– mudah difahami.
Sumber: BERNAMA, rujuk link di komen pertama
Anda ejen atau pelanggan takaful? Apa pandangan anda?
Pandangan saya; Selalunya ejen taknak share perkara ini kepada public.
jangan takut, ia sebahagian, ramai lagi yang berminat dengan takaful!
https://cukaipendapatan.wordpress.com/2017/11/08/amaran-mengenai-sindiket-penipuan-bayaran-balik-cukai/