9 Perkara Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Memperbaharui Roadtax Kenderaan

1. Bilakah selalunya anda memperbaharui cukai jalan (roadtax) kereta anda? Pengalaman saya selaku wakil takaful, ramai pemilik kenderaan yang melakukannya di saat-saat akhir sebelum tamat roadtax. Malah ramai juga yang melakukannya selepas tamat tempoh. Sebenarnya, cukai jalan boleh diperbaharui 60 hari sebelum tamat tempohnya. Ya, 60 hari! Tidak percaya? Sila lihat geran kereta anda. Oho….tentu … Read more

AWAS Kepada Pemegang Medical Card: Kisah dan Panduan

Dewasa ini penggunaan takaful medical card semakin meluas dan mendapat tempat di kalangan rakyat Malaysia. Lebih-lebih lagi apabila semakin banyak syarikat takaful turut menyediakan pelan perlindungan ini. Ia semakin mendapat sambutan khususnya untuk orang Melayu.

Beberapa hari berada di hospital menemani orang yang tersayang di hospital, menemukan saya kepada beberapa peristiwa dan pengalaman peribadi yang melibatkan penggunaan medical card.

Saya bahagikan kepada dua segmen; segmen A menceritakan beberapa pengalaman dan peristiwa tersebut. Dan segmen B adalah beberapa panduan dan tips.

Read more

Alahai Buluhmas…. (Update)


Kali pertama mendengar nama Buluhmas adalah kira-kira beberapa hari sebelum bulan Ramadhan yang lalu.

Dengan motto “biar di manapu, kami iklankan”, Buluhmas bergerak mengrekrut promoter-promoter untuk mempromosi stiker Buluhmas.

Daripada bulan Ramadhan hingga ke Syawal, rasanya tidak kurang 10 orang yang bercerita tentang skim “pelaburan” Buluhmas ini.

Malah ia menjadi topik perbahasan hangat ketika sanak saudara berkumpul dalam bulan syawal lali.

“Syarikat ini membantu bumiputera Muslim”, kata seorang ahli saudara.

“Ia mempunyai rangkaian kedai dan merancang untuk membina sebuah hyper-market di setiap negeri”, tambahnya lagi.

“Untuk permulaan kita perlu membayar RM 15 sahaja untuk mendapat upah RM 1 setiap bulan. Duit ini akan diperolehi sampai bila-bila! Lagi banyak kita laburkan, lagi banyak kita dapat. Ia boleh mencecah 20% sebulan!!!”

“20% sebulan? Maknanya 120% setahun”, balas saya.

“Ya, betul”, katanya tanpa ragu-ragu.

“Maknanya lebih hebat daripada ASB, dan Tabung Haji. Malah lebih hebat daripada pakar pelaburan dunia Warren Buffet?”, saya menduga.

“Ya. Ia membantu produk bumiputer Muslim. Banyak syarikat IKS yang menghantar produk ke Buluhmas untuk dijual”, katanya penuh yakin.

Saya hanya menggeleng-geleng kepala.

Read more

Salah Faham dan Penipuan : Bagaimana Menghadapinya?

Membaca tajuk berita di halaman S8 akhbar Sinar Harian Ahad lalu (3 Ogos 2008) yang bertajuk “Lelaki Dakwa Ditipu Syarikat Insurans”, membuat saya menggeleng kepala.

Sekalipun insurans bukan takaful, namun selaku wakil takaful saya turut terkena tempiasnya. Bak kata Karam Singh Walia pepatah, “seekor kerbau membawa lumpur, habis semua terpalit”.

sinar-tipu

sinar-tipu2

Read more