Langkah bantuan syarikat insurans dan pengendali takaful kepada pemegang polisi dan peserta takaful yang terjejas oleh Covid19.
Program ini bertujuan menyediakan perlindungan takaful kepada peserta semasa tempoh penangguhan bayaran sumbangan.
Perlu dijelaskan bahawa program ini tidak secara automatik dan peserta takaful perlu memohon dengan menghubungi pihak takaful serta memenuhi kelayakan seperti di bawah.
Antara golongan yang layak memohon adalah seperti berikut :
1) Peserta Takaful yang dikuarantin di rumah
2) Peserta Takaful yang hilang punca pendapatan (gaji harian)
3) Peserta Takaful yang hilang pekerjaan (dibuang kerja)
Tarikh berkuatkuasa adalah pada 1hb April sehingga 31 Disember 2020, dan maksimum penangguhan bayaran sumbangan hanya tiga bulan sahaja.
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi