Dipetik dari FB Razzaaq Ajaq
BELI RUMAH TAPI TAKAFUL (MRTT) LAGI MAHAL DARI HARGA RUMAH!
Minggu lepas ada seorang rakan saya tanyakan tentang situasi bapanya nak beli rumah guna LPPSA (loan kerajaan).
Bapanya dah berumur 55 tahun. Dan akan pencen lagi 5 tahun. Plan nak beli rumah berharga RM200, 000.
Bila saya kata takaful (MRTT) agak tinggi dia kata boleh bagi anggaran tak.
Saya bagi kat dia –
Pinjaman : RM200, 000
Tempoh pinjaman : 35 tahun
MRTT : RM202, 840 (anggaran)
LTHO : RM1538.40 (anggaran)
Jumlah pinjaman dah jadi RM404, 378. Kalau termasuk profit 4% jumlah kena bayar RM753,000!
Ye korang tak salah baca. MRTT dia lebih dari harga rumah! Walaupun ni cuma anggaran tapi biasanya tak jauh beza dengan jumlah sebenar.
Dan MRTT ni wajib kalau nak mohon LPPSA. Kalau tak nak masukkan dalam pinjaman boleh bayar guna cash sendiri.
Tapi kalau dah bayar MRTT cash, lebih baik bayar je harga rumah tu cash. Tak perlu MRTT dah.
Atau
1. Guna pinjaman bank tapi maksimum sehingga umur *70 tahun atau pencen sahaja.
2. Pendekkan tempoh pinjaman lppsa. MRTT pun murah sikit tapi bayaran bulanan akan jadi tinggi.
3. Tunggu pencen beli rumah guna duit pencen.
4. Guna nama anak buat pinjaman.
5. Duduk je rumah anak masa pencen.
Sebab tu beli rumah seawal yang boleh. Jangan menyewa terlalu lama. Rugi tak pakai LPPSA tu.
Biar rumah murah dan kecil daripada menyewa atau duduk kuarters sehingga pencen.
Ni pula link bila umur sesuai pakai LPPSA.
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi