“Eh, sebelum ini anda menerangkan kepada kami supaya berpada-pada dalam berbelanja seupaya dapat berjimat. Sekarang anda suruh kami berbelanja untuk berjimat. Bagaimanakah ini?†mungkin ini yang bermain-main di fikiran anda.
“Bertenang, baca sehingga habis tulisan iniâ€Â, kata saya sambil tersenyum.
Tentu lucu bunyinya tajuk ini, bukan?
Berbelanja untuk berjimat. Baca sekali lagi; “BERBELANJA UNTUK BERJIMATâ€Â. Betul, kita berbelanja untuk berjimat. Saya sengaja menulis dengan huruf besar dan berulang-ulang kali agar tidak ada pembaca yang menyangka ia tersilap taip atau tersilap tulis atau blog ini telah disabotaj  ini atau menyangka tulisan ini daripada blog orang lain atau anda tersilap baca.
Pernahkah terjadi anda telah membeli sesuatu barangan, yang telah anda pilih secara berhati-hati, dan memilih yang paling sesuai dengan keadaan kewangan anda , dan kemudian barangan tersebut rupa-rupanya tidak sesuai digunakan?
Atau pernahkah anda terlalu berhati-hati memilih barangan dengan membeli barang yang paling murah, kemudian barang tersebut rosak tidak sampai sebulan digunakan dan kemudian terpaksa dibaiki, dan kos pembaikian pula hampir sama dengan beli barangan tersebut yang baru.
Atau pernahkah anda dan kawan anda memilih-milih dua produk, kawan anda memilih produk yang lebih mahal dan anda memilih produk yang murah kerana menganggapnya mampu berfungsi seperti yang mahal, dan kemudian barang anda rosak dan terpaksa dibaiki dengan jumlah kos yang terpaksa anda belanjakan lebih mahal daripada duit yang dikeluarkan oleh kawan anda yang membeli barang yang lebih mahal pada awalnya?
Inilah yang dikatakan berbelanja untuk berjimat!
“Oh barulah kami faham, Afyanâ€Â, kata anda.
“Terima kasihâ€Â, kata saya.
Selalunya kita berhasrat untuk membeli barang-barang yang murah. Namun adakah kita sudah meneliti setiap aspek dari segi penggunaan barangan tersebut. Berbaloikah membeli sepasang kasut sukan yang berharga RM 20.00 yang digunakan untuk dua kali berjoging sahaja dengan tapaknya terkoyak apabila digunakan untuk kali ketiga? Berbanding dengan kasut sukan yang berharga tiga kali ganda daripada tadi tetapi boleh dipakai selama beberapa tahun.
Selalunya murah dan berkualiti susah untuk duduk bersama. Murah dan kualiti jarang berjalan seiringan. Kadang-kadang yang termurah akan menjadi yang termahal apabila kos pembaikian, dan penukaran alat ganti diambil kira.
Di dalam hal ini, kita perlu mengutamakan kualiti produk atau barangan yang dibeli. Apabila memperkatakan tentang kualiti produk, kita bukan bermaksud dengan jenama. Jenama yang terkenal tidak semestinya berkualiti. Malah, dalam sesetengah keadaan, jenama yang terkenal sebenarnya tidak sepadan dengan kualiti pada produk tersebut.
Begitu juga dengan harga. Harga yang lebih mahal bukanlah petanda barang tersebut kualiti. Kita membayar harga barangan tersebut termasuk kos pengiklanan, kos pemasaran, kos iklan dan sebagainya. Sebab itu ia begitu terkenal, kerana kita membantu membayar harga operasi menjadikan barangan tersebut terkenal. Selebihnya barulah kita membayar harga sebenar produk tersebut.