Bezakan Medical Card, Income Protection dan Hibah Takaful

“Encik Afyan, saya sebenarnya sudah ada medical card unlimited”, kata seorang prospek.

“Wah, bagus!” kata saya.

“Saya juga sudah ada hibah takaful RM1 juta. Jadi saya sudah tidak fikir saya perlukan lagi takaful penyakit kritikal”, sambungnya lagi.

“Wah, tahniah! Tuan sudah tentu memiliki kesedaran takaful yang tinggi”, kata saya.

Dia tersenyum. Kemudian saya bertanya;

“Kalau Tuan ditimpa penyakit kritikal, berapa banyak coverage polisi Tuan?”

“Unlimited!”, katanya penuh keyakinan

“Maksud” unlimited”, polisi yang Tuan langgan boleh berikan berapa sahaja amaun yang Tuan mahu jika disahkan penyakit kritikal?”, uji saya.

“Eh, bukan begitu. Maksud saya jika saya masuk hospital, medical cover unlimited bill yang dikenakan. Itu maksud saya “unlimited” tadi”, jelasnya.

Saya mengangguk-angguk. Alhamdulillah, beliau faham kandungan polisinya.

“Jadi, berapa pampasan tunai yang Tuan akan dapat daripada medical card” UNLIMITED” Tuan.”, soal saya. Sengaja perkataan “unlimited” saya tekankan.

“Maksud Encik Afyan?”, tanya beliau.

“Maksud saya, berapa pampasan tunai yang akan Tuan terima apabila disahkan menghidap penyakit kritikal? Ia berguna untuk belanja harian Tuan selepas ditimpa penyakit kritikal. Sebab selalunya apabila menghidap penyakit kritikal, seseorang sudah tidak mampu bekerja lagi” soal saya lagi.

“RM 1 juta… kot..”, jawabnya tersekat-sekat. Tidak lagi yakin seperti tadi.

“Tuan yakin RM1 juta daripada hibah takaful Tuan akan dapat apabila kena penyakit kritikal?”

Beliau menggeleng kepala perlahan.

“Tuan, sebenarnya coverage unlimited medical card itu adalah coverage pembayaran kos rawatan hospital yang akan dibayar daripada syarikat takaful kepada hospital, bukan kepada peserta”, jelas saya.

Saya menyambung lagi;

“Manakala RM 1 juta hibah takaful itu akan diperolehi selepas Tuan meninggal dunia”.

Beliau nampak menangguk-angguk perlahan.

“Saya beri contoh situasi. Sekiranya Tuan ditimpa penyakit kritikal seperti kanser, strok dan sebagainya, kos rawatan sepanjang Tuan ditimpa penyakit itu akan dibayar oleh medical card yang Tuan ambil.

“Apabila ditimpa penyakit kritikal, adakah Tuan masih mampu bekerja?”, saya membuat sedikit huraian dan bertanya soalan.

Dia menggeleng kepala.

“Ya, sudah tentu tidak. Syarikat yang tuan bekerja sekarang sudah tentu tidak lagi menerima Tuan sebagai pekerja lagi. Jadi pada waktu itu sudah tentu Tuan tidak dapat lagi gaji bulanan seperti sebelumnya”.

“Pada waktu inilah takaful penyakit kritikal akan berfungsi untuk memberi penggantian pendapatan”.

“Jadi, di samping memiliki takaful perubatan medical card ini, Tuan perlu juga memiliki takaful penyakit kritikal, sekurang-kurang bersamaan dengan pendapatan Tuan selama 3 ke 5 tahun”.

Panjang lebar saya huraikan dah beliau menjadi pendengar yang setia

“Kenapa 3 ke 5 tahun?”, tanya beliau

“Sebab selalunya seseorang yang ditimpa penyakit kritikal, ada tempoh 3 ke 5 tahun untuk sembuh atau meninggal dunia”

Sebenarnya semua jenis perlindungan takaful adalah saling lengkap-melengkapi antara satu sama lain, dengan fungsi berbeza-beza.

Medical card atau kad perubatan fungsinya adalah untuk membantu membayar kos perubatan apabila dimasukkan ke dalam hospital.

Manakala hibah takaful pula berfungsi apabila berlaku kematian.

Dalam masa sama ramai yang terlepas pandang coverage takaful penyakit kritikal untuk memberi TUNAI apabila ditimpa musibah penyakit kritikal.

Mungkin ada yang sangka, untuk tambah coverage penyakit kritikal memerlukan sumbangan yang tinggi, tapi sebenarnya tidak semestinya.

Ini contohnya; Coverage RM500, 000 utk penyakit kritikal, kematian dan lumpuh – sumbangan bulanan hanya RM140++ bagi usia 30 tahun.

Tak sampai pun RM150 untuk coverage lengkap INCOME PROTECTION SETENGAH JUTA.

 

Punca kematian rakyat Malaysia, adalah disebabkan oleh penyakit.

Ini contoh surat kelulusan claim pelanggan saya RM137,000 lebih selepas disahkan penyakit kritikal.

Gambar ini di ambil dari sini

Klien yang sama tadi meninggal dunia tidak lama sekerja disahkan sakit kritikal, dah dapat lagi pampasan RM150,000 menjadikan total pampasan hampir RM300,000!

Gambar ini di ambil dari sini 

Jika bajet terhad, boleh langgan produk ini.

RM500,000 coverage untuk penyakit kritikal, kematian dan lumpuh dengan hanya sumbangan bulanan RM143 sahaja.

 

Untuk memudahkan kami membantu Tuan/Cik Puan memiliki plan takaful ini, Mohon Tuan/Cik Puan isi maklumat dibawah:

 

Afyan Mat Rawi
INFAQ Consultancy

Baca sampai habis? Minta tolong sikit;

1. Follow dan klik see first fb.com/afyan.ikhlas jika belum
2. Klik share posting ini
3. Jemput follow saya di beberapa media sosial lain;
– Telegram t.me/AfyanIFP
– YouTube.com/c/AfyanIFP
– Instagram.com/Afyan.IFP

 

Suber dari FB Afyan Mat Rawi

2 thoughts on “Bezakan Medical Card, Income Protection dan Hibah Takaful”

Leave a Reply