FAQ Covid-19 dan Takaful

FAQ Covid-19 dan Takaful.

Q: Adakah takaful cover kalau pelanggan kena Covid-19.

A: TAK COVER kalau ia masih dalam bentuk quotation / nanti nak tanya isteri dulu / nak fikir dulu / tunggu bonus masuk / polisi lapse dan lain-lain.

Q: Woi, serius ni. Takaful cover tak kalau kena Covid-19???

A: Ok, saya serius ni. Memang ada fasal pengecualian disebabkan wabak. Tapi berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan oleh Malaysia Takaful Association (MTA) pada tarikh 31 Januari yang lalu, SELLLLUUUURUUUUUH syarikat takaful akan memberi perlindungan jika pelanggan dimasukkan ke hospital disebabkan Coronavirus. Ia terpakai untuk polisi yang berkuatkuasa dan tamat tempoh menunggu.

Q: Alamak? MTA untuk takaful sahaja kan? Bagaimana kalau insurans konvensional.

A: Jika insurans konvensional, elok mengucap panjang terlebih dahulu kerana hukumnya haram. Jika ada kesedaran, elok usahakan untuk berhijrah ke takaful. Untuk makluman, LIAM (Life Insurance Association Malaysia) turut keluarkan kenyataan bersama MTA pada tarikh yang sama tentang perkara ini. Kedua-dua takaful dan insurans, cover.

Q: Cover untuk hospital swasta dan hospital kerajaan?

A: Ketika FAQ ini ditulis, SELLLLUUUURUUUUUH kes-kes yang berkaitan Covid-19 akan dirawat dan dikuarantinkan di hospital kerajaan. Jadi, takaful medical card kurang praktikkan untuk digunakan di hospital kerajaan, kecuali untuk claim elaun hospital.

Q: Jika hospital kerajaan penuh, boleh masuk hospital swasta dan boleh claim?

A: Ya, tak mustahil jika hospital kerajaan penuh dengan pesakit dan tidak mampu lagi untuk menampung kes-kes Covid-19, bantuan dan kepakaran daripada hospital swasta diperlukan. Ketika itu, medical card takaful boleh digunakan.

Q: Kalau berlaku darurat, adakah masih cover?

A: Secara umumnya, jika darurat, banyak perkara yang tidak dicover. Ia sama macam pengecualian disebabkan wabak. Tapi sebagaimana yang dibuat untuk wabak Coronavirus, kemungkinan besar syarikat-syarikat takaful akan berikan budi bicara mereka untuk cover Covid-19 jika berlaku darurat.

Q: Bagaimana kalau berlaku kematian disebabkan Covid-19 dan ketika darurat?

A: TAK COVER kalau takaful dalam bentuk quotation / nanti dulu……….

Q: Woi, serius ni. Cover tak kalau berlaku kematian?

A: Ok, ok… Rilek. Jangan stres. Saya pun stres sebab ramai klien tak nak jumpa sebab alasan mereka takut Covid-19. Ya, takaful cover kematian jika disebabkan Covid-19.

Q: Saya dah langgan polisi takaful, tapi tak pasti apa yang dicover. Rasanya polisi hibah. Kemudian ada medical card.

A: Elok semak dahulu polisi tersebut. Buat review polisi untuk pastikan apa yang cover dan apa yang tak cover. Kalau nak review polisi boleh rujuk balik ejen.

Q: Alamak, ejen pun dah tak ingat la.

A: Boleh PM tepi. Saya dan team INFAQ Consultancy bersedia untuk bantu pelanggan untuk review. Walaupun selama ini orang takutkan kami ejen takaful macama takut Coronavirus, tapi kami bersedia untuk bertemu pelanggan pada bila-bila masa.

Q: Oh, Encik Afyan Mat Rawi ejen takaful ya?

A: Ya la. Takkan saya nak usung polisi takaful ke hulu ke hilir baru nampak macam ejen takaful? Maroh, maroh, maroh!

Q: Saya nak sign up takaful dengan Encik la. Kalau saya sign up hari ini, cover terus kan?

A: Takkan kahwin hari ini dapat anak esok?

Setiap polisi takaful selalunya ada tempoh menunggu, minima 30. Medical card saya 30 hari sign up, dah cover termasuk penyakit-penyakit khusus. Ada juga sesetengah medical card yang mempunyai tempoh menunggu untuk penyakit tertentu selama 60, 90 atau 120 hari.

Ada lagi soalan?

Jika ada, boleh tanyakan di ruang komen.

Soalan terpilih akan ditambah dalam senarai di atas.

DISCLAIMER: Maklumat yang saya kongsi di atas hanyalah secara umum sahaja. Untuk detail, sila rujuk polisi, ejen dan syarikat masing-masing. Jika apa yang ada dalam polisi berbeza dengan apa yang saya kongsikan, maklumat itu perlu diutamakan.

Itu untuk yg ada polisi takaful. Kalau tak ada polisi, nak rujuk apa kan?

Sumber: FB Afyan Mat Rawi
(Penulis merupakan ejen takaful sepenuh masa di INFAQ Consultancy. Berpengalaman selama 17 tahun dalam industri kewangan. Boleh follow dsn klik see first FB beliau untuk lagi tip kewangan, bisnes dan kadangkala politik)

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

Leave a Reply