Fungsi utama takaful adalah untuk menghadapi malapetaka dan musibah kewangan yang berkaitan dengan kehidupan; seperti kematian, lumpuh, sakit kritikal dan kos rawatan hospital.
Justeru, jika Saudara-saudari baru memulakan untuk melanggan polisi takaful, gunakan sebaiknya bajet untuk polisi tersebut sebaiknya untuk memberi perlindungan kewangan apabila berlaku salah satu daripada empat perkara di atas.
Empat perkara di atas, saya ulangi KEMATIAN, LUMPUH, SAKIT KRITIKAL & RAWATAN HOSPITAL – apabila berlaku dalam kehidupan akan memberi kesan yang besar dalam kewangan dan kehidupan kerana ia merupakan MUSIBAH / MALAPETAKA KEWANGAN.
Jangan terus terpengaruh kepada perkara-perkara sampingan yang dipromosi dalam perlindungan takaful seperti elaun hospital, kos rawatan klinik, pelaburan, hadiah bersalin, hadiah perkahwinan, pengeluaran 3 tahun sekali dan sebagainya.
Di dalam buku-buku pengurusan kewangan pakar-pakar kewangan dalam dan luar negara, tiada satu pun buku yang meletakkan fungsi takaful / insurans untuk perkara-perkara ‘kewangan kecil’ seperti elaun hospital, kos rawatan klinik, pelaburan, hadiah bersalin, pengeluaran 3 tahun sekali dan lain-lain.
Buku-buku perancangan kewangan akan mengesyorkan takaful / insurans untuk fungsi menghadapi MALAPETAKA KEWANGAN yang memberi impak risiko besar dalam kehidupan dan kewangan seseorang.
www.rahsiatakaful.com
The money is extracted by releasing the whole gamut or a part of the equities depends on the industry of the corporation of choice and the group feature promotes scale economies for participants.
From financial companies to pharmaceuticals to cars, we’re seeing more and more and they try to look horsebox insurance for
to determine where the pinning will happen is the volume and open interest
of the loan.