Semalam saya mendengar Radio24 Bernama, dalam slot Destiny Auto berkenaan jual beli kereta. Dalam slot tersebut, antara info menarik yang saya perolehi ialah skim pinjaman sehingga 20 tahun, pengguna atau pembeli yang disenarai hitam masih layak memohon dan rebet tunai apabila membeli kenderaan.
Skim pembiayaan atau pinjaman kereta sehingga 20 tahun.
Selalu yang biasa kita dengar ialah pinjaman kereta 5 atau 7 tahun dan paling panjang pun adalah 9 tahun. Tapi kali ini sehingga 20 tahun! Satu skim pinjaman yang sungguh menarik!
Pinjaman kereta sehingga 20 tahun boleh menarik minat pengguna atau pembeli untuk membeli kereta-kereta yang mahal dan membuat bayaran ansuran yang rendah. Sebagai contoh, dengan bajet RM500-RM600 sebulan boleh membeli kereta berharga RM50,000 (dengan kadar keuntungan 4%-5% dengan tempoh 9 tahun), jadi dengan bajet yang sama boleh membeli kereta yang berharga RM80,000! Jika sebelum ini bajet ini hanya cukup untuk membeli kereta Proton Persona, maka dengan memanjangkan tempoh sehingga 20 tahun kita boleh membeli kereta Toyota Vios atau Honda City!
Oh, sungguh menarik!
Pengguna senarai hitam masih layak memohon
Selain daripada itu juga, dalam slot tersebut juga ada info berkenaan pengguna-pengguna yang sudah disenarai hitam masih boleh memohon pinjaman kereta. Ia adalah berita baik kepada pengguna-pengguna yang namanya sudah termasuk dalam senarai CTOS atau CCRIS.
Jika selama ini para pengguna yang sudah disenarai hitam CTOS atau CCRIS lantaran hutang-hutang tertunggak daripada pinjaman-pinjaman lain seperti kad kredit, pinjaman peribadi, pinjaman perumahan atau pinjaman kereta terdahulu, kini tidak perlu risau kerana ada cara untuk memohon pinjaman kereta baru.
Sungguh mengghairahkan tawaran ini!
Rebet tunai pada setiap pembelian
Oh ya, selain itu juga ada juga skim-skim pembelian kereta yang menawarkan rebet tunai kepada pembeli. Sudahlah tidak perlu membayar duit muka atau wang deposit, dapat pula rebet tunai. Sebagai contoh, pengguna membeli kereta berharga RM50,000, tidak perlu membayar wang deposit dan menerima pula rebet wang tunai RM5000.
Wah, sungguh menarik lagi mengghairahkan!
Begitu indahkah membeli kereta?
Sebelum saya meneruskan tulisan ini, saya ingin memetik tulisan dan kata-kata rakan saya, Sdra Pakdi “Mentor Saya Sebut, Bodoh Kalau Beli Kereta!â€
Bukan saya kata, Pakdi yang kata. Dia kata, mentor dia yang kata 🙂
Sekali imbas, tawaran-tawaran yang disebut di atas memang menarik. Sememangnya slot bernekaan adalah untuk mempromosi jualan kereta kepada para pengguna.
Baiklah, kita analisa satu per satu.
1. Pinjaman kereta sehingga 20 tahun
Meminjam sehingga 20 tahun bermakna pembeli menanggung hutang yang lebih panjang, lebih lama dan lebih banyak. Jika sebelum ini membayar RM500-600 selama 9 tahun, membeli kereta dengan ansuran yang sama dalam tempoh 20 tahun menambahkan lagi bebanan hutang daripada sepatutnya 9 tahun kepada 20 tahun. Maknanya jika sebelum ini hutang kita adalah RM64,800 (RM600 x 12 bulan x 9 tahun), maka dengan membeli kereta lain yang lebih mahal, walaupun dengan ansuran bulanan yang sama, hutang kita menjadi RM144,000 (RM600 x 12 bulan x 20 tahun).
Tambahan pula, dalam tempoh tersebut, jika kereta itu dijual dan ingin membeli kereta baru sudah tentu jumlah baki pinjaman masih tinggi lantaran ansuran yang rendah, jika hendak dibandingkan dengan harga pasaran.
Lagipun, jarang rakyat Malaysia menggunakan kereta yang sama dalam masa 20 tahun. Jika kita bercadang untuk menggunakan kereta sehingga 20 tahun, mungkin pinjaman ini sesuai 🙂
2. Senarai hitam masih boleh meminjam
Selalunya orang yang disenarai hitam adalah orang yang tidak berdisiplin dalam mengurus wang dan mengurus hutang-hutang mereka. Jika mereka berdisiplin dan bijak mengurus wang, sudah tentu nama mereka tiada dalam senarai CTOS atau CCRIS.
Justeru, melayakkan pengguna yang sudah disenarai hitam untuk mengambil pinjaman kereta baru adalah umpama menggali lubang kubur sendiri kerana sudah pasti pinjaman baru itu nanti akan mengalami nasib yang sama.
Sudah sekali dipatuk ular, rela pula dipatuk lagi.
3. Rebet tunai pada setiap pembelian
Wah, sungguh baik pihak bank atau penjual kereta untuk memberi kita wang tunai setiap kali kita membeli kereta. Sudahlah tidak perlu membayar wang pendahuluan atau deposit, pihak bank atau penjual kereta memberi pula wang tunai. Sebaik itukah bank dan penjual kereta? Sudah tentu tidak sama sekali. Rebet tunai tersebut sebenarnya sudah termasuk dalam skim pinjaman yang akan kita bayar balik.
Contohnya jika kita membeli kereta berharga RM50,000 dan kita tidak perlu membayar sebarang deposit malah menerima pula rebet sebanyak RM5,000 maknanya jumlah pinjaman yang diberi adalah RM55,000 tidak termasuk keuntungan bank.
Itu sudah pasti, kerana amat mustahi bank / penjual kereta memberi kita duit tanpa mengharap balasan. Jika tidak, bank itu berubah nama kepada bankrap.
Tip RM
- Bank adalah institusi perniagaan, bukan institusi kebajikan. Jadi, dalam mana-mana situasi mereka akan memastikan bank akan untung terlebih dahulu. Ketiga-tiga promosi di atas, adalah contoh bagaimana bank membuat keuntungan.
- Golden rule saya untuk membeli kereta secara pinjaman / pembiayaan, beli kereta yang harganya sama dengan pendapatan tahunan kita. Jika gaji sebulan RM2,000 maka kereta yang sesuai adalah kereta yang berharga RM24,000.
- Membuat bajet membeli kereta bukan sekadar dengan mengira bayaran ansuran kereta malah termasuk petrol, cukai jalan, kos penyelenggaraan, parking, tol serta saman.
Please update me if i still can apply for any loan once i joined AKPK….blacklisted from credit card.Thank you
Salam , saya mahu membuat pinjaman untuk beli kereta , saya bekerja sebagai Penasihat Jualan di Proton .. bagaimana saya nak apply .. dan tahu lulus atau tidak ? tolong update saya jikalau sesiapa terbaca ini ..
salam.saya mahu membuat pinjaman untuk beli kereta,saya bekerja sebagai superitendant di azwana engineering,subsiory company for pertronas,pls update to my mail
Maaf, blog kami bukan blog tentang jualan kereta.
sy blacklist singer..skg ni sy baru kali pertama ingin beli kereta..tetapi tidak lepas kerana nama sy blacklist singer..so ape perlu yg sy buat..adakah sy boleh buat pinjaman kereta….
Saya setuju ulasan Tuan. Saya juga ada mengikuti segmen Auto Zone tu. Pendapat alternatif saya..apa yg ditawarkan mereka targetnya adalah utk org2 yg takde pilihan lain utk beli kereta (walaupun diakui ada org yg terdesak pun akn guna pakej ni). Sbg cth, org tu nak beli 2nd car utk wife dia ulang alik ambil anak di sekolah ke rumah tapi x mampu nak buat short term loan. Atau seorang anak nak bagi bapak dia keta utk ulang alik pegi solat di masjid coz kesian kena redah hujan saje. Bukankan pakej ini rahmat utk org bekeperluan demikian? Dan bg penggunaan sedemikian..20 tahun insyaAllah boleh tahan lagi keta tu & mmg bebaloi. Spt yg Tuan maklum juga, bkn semua org yg masuk list ‘blacklist’ tu atas sebab dia sendiri..kekadang disebabkan jadi penjamin or pengarah kpd comp yg bermasalah. Jadi bagi org2 kategori ini juga pakej 20 thn ini amat bermakna buat mereka. Ini adalah pendapat alternatif saya ye Tuan..saya tak sekali-kali menafikan fakta yg Tuan berikan tu. Tq
hubungi saya untuk info lanjut saya tak faham
saya lebih faham bila diterangkan dgn bercakap dari tulisan
hubungi saya 017-3063044
sy nk beli kereta, tp saya blacklist, ctris, dan ctos…bole tolong sy x….
Saya bukan jurujual kereta.
Nasihat saya, jika sudah blacklist tapi masih berkeinginan membeli kereta elok clearkan hutang lama sebelum buat hutang baru.
sya bru first time nk beli kereta tp name black list jd ada cre x…hope blh tlg
Saya bukan jurujual kereta.
Nasihat saya, jika sudah blacklist tapi masih berkeinginan membeli kereta elok clearkan hutang lama sebelum buat hutang baru.
Saya bukan jurujual kereta.
Nasihat saya, jika sudah blacklist tapi masih berkeinginan membeli kereta elok clearkan hutang lama sebelum buat hutang baru.
Adeh..napelah komen2 jauh lari dari maqasid artikel?
Tak dapek den nak nolong. Layan sahajalah 🙂
Hello Boss! Tumpang Tanya.
Saya nak pergi Kedai Kereta bukan nak Beli Kereta.
Saya pergi Kedai kereta , nak Beli Kedai Kereta
Macam mana boss!
Hahahaahah! Silakan 🙂
Baca juga:
https://rahsiatakaful.com/v1/muflis-kerana-hutang-kereta.html
https://rahsiatakaful.com/v1/sebelum-membeli-kereta.html
https://rahsiatakaful.com/v1/panduan-membeli-kereta.html
Saya nak buat pinjaman peribadi untuk bayar semua hutang saya yg ada.rm20000. Dengan bunga yg renda bayaran bulanan yg renda.
hi sir/madam.
Saya ingin membeli kereta baru..tetapi saya masih membuat pembayaran di AKPK..
Bagaimana cara untuk saya membeli kereta baru??
Boleh kah saya mendapat pinjaman loan kereta??
Assalam afyan. I plan to buy car this year before GST. rasanya mampu nak buy tunai.utk kereta RM60KTapi bengong juga memikirkan samada nak beli cash terus atau buat loan min RM20K JE. YG 40K I PLAN NAK PAY CASH tapi ralat juga]-betulke nanti income tax akan soal kita .padahal saya dah lama menyimpan duit cuma tak gemar meminjam.
PLS ADVICE-tq
Elok jangan beli tunai jika tidak mahu dikejar LHDN 🙂