Topik yang diutarakan semalam ialah “Insurans / Takaful : Ejen Dipersalahkan?”.,
Topik ini berhubung isu yang viral bulan lepas apabila seorang VIP yang mengalami nasib tidak baik apabila medical card yang dilanggan selama 4 tahun tidak dapat digunakan apabila dimasukkan ke hospital akibat sakit jantung.
Beberapa kali ke udara di TV, ini kali pertama ada sesi panggilan secara langsung daripada penonton untuk ajukan soalan secara terus kepada saya.
Saya difahamkan banyak juga soalan-soalan lain yang yang ingin ditanya, tapi memandangkan masa yang sangat terhad, hanya 2 sahaja panggilan yang sempat diterima.
Jika ada soalan-soalan lain yang ingin diajukan, boleh tanyakan di ruangan komen.
Jika sempat, saya respon atau pun saya jawab di lain masa.
Ada juga cadangan daripada rakan-rakan untuk adakan sesi live FB. Kalau saya buat ada ke yang berminat?
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi