Istilah Simpanan Dalam Takaful Mengelirukan

“Habis, kalau bukan simpanan, apa?”

Komen seorang ejen apabila membaca tulisan-tulisan saya tentang takaful untuk perlindungan, bukan simpanan. Nampak sinis komen tersebut.

“Kan simpanan tu? Walaupun RM100 yg dapat jika batalkan polisi, ia masih simpanan”, tambahnya lagi.

Nampak benar-benar tersinggung dgn tulisan-tulisan saya supaya tak gunakan istilah saving atau simpanan atau pelaburan apabila mempromosi takaful.

Ia diluahkan dalam satu komen kpd posting saya yang dikongsi oleh rakan followers, satu ketika dahulu.

Cuma saya tak dapat komen. Biar saya respon di sini.

Istilah yang tepat ialah “cash value” atau nilai tunai, bukan simpanan.

Apabila guna istilah simpanan, ia membayangkan seumpama simpanan di bank. Ciri simpanan di bank dengan “simpanan” di takaful, sangat berbeza.

? Simpanan di bank sangat cair, boleh dikeluarkan bila-bila masa tapi takaful tidak.

? Simpanan di bank, jumlahnya dijamin tapi di takaful belum tentu.

? Simpanan di bank gunakan kontrak wadiah atau qard tapi di takaful gunakan kontrak wakalah.

3 ciri di atas sudah nampak beza.

Perbandingan takaful dengan bank juga umpama membandingkan epal dengan cipan. Tak kena langsung.

Tengok pula objektif produk bank dengan Takaful.

? Bank boleh sediakan kad ATM, tapi takaful tidak.

? Bank ada fasiliti utk buat pembiayaan rumah. Takaful ada?

? Bank ada fasiliti utk beli kenderaan secara berhutang, takaful mana ada?

? Bank ada ASB Financing, takaful tak ada.

Sebab itu cara promosi utk membandingkan bank dengan takaful sangat tidak kena. Pernah tengok cara promosi membandingkan takaful dengan simpanan bank? Ia selalunya dibuat oleh ejensi, BUKAN syarikat takaful.

Jadi, gunakan istilah yang lebih tepat, iaitu cash value atau nilai tunai. Bukan simpanan.

Analogi mudah begini;

Jika kita ada aset seperti hartanah yang bernilai RM100,000 kita tidak kata “Hartanah ini ada simpanan RM100,000”.

Kita akan kata “Hartanah ini bernilai RM100,000″.

Atau ” Market value hartanah ini ialah RM100,000″.

Istilah yg tepat di sini ialah “market value” atau nilai pasaran. Bukan simpanan atau saving.
Gunakan istilah yg tepat.

Apabila kita gunakan istilah yang kurang tepat, ia akan memberi persepsi yang berbeza.

Betulkan yang biasa. Biasakan yang betul.

Selamat beramal!

Afyan Mat Rawi
Ejen cabuk

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

2 thoughts on “Istilah Simpanan Dalam Takaful Mengelirukan”

Leave a Reply