Juvenil Atau Hukum Lien Dalam Takaful

Ini adalah tulisan Tuan Shakir Abdul Ghafar di FB beliau berkenaan isu Juvenil atau Hukum Lien dalam takaful :

Juvenil atau Hukum Lien.

Lien adalah satu peruntukan dalam takaful yang menetapkan peratusan pampasan bagi kanak2 yang akan diterima oleh pembayar sekiranya berlaku kematian, lumpuh atau sakit kritikal kepada anak itu.

Peratusan itu adalah seperti berikut:

Umur 1 tahun 20%
Umur 2 tahun 40%
Umur 3 tahun 60%
Umur 4 tahun 80%
Umur 5 tahun ke atas 100%

Peruntukan ini wujud untuk mengelak pembayar atau peserta mengambil kesempatan membunuh atau melumpuhkan anak mereka bagi meraih keuntungan.

Nauzubillah, saya kira perbuatan ini takkan berlaku kepada org islam.

Kenapa lien ini sehingga umur 5 tahun sahaja? Boleh klik pautan di bawah untuk penerangan lanjut.

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

Leave a Reply