Ini adalah susulan daripada posting tentang perbandingan MLTT dan MRTT tempoh hari.
Susulan posting itu, ramai yang PM saya untuk meminta saya review pembiayaan perumahan mereka dan MRTT yang mereka langgan.
MRTT bagus sekiranya
1. Bayar sekaligus.
2. Cover sehingga habis tempoh pembiayaan.
Namun, dalam banyak kes yang saya jumpa selalunya MRTT dimasukkan dalam pembiayaan perumahan dan apabila dikira jumlah bayaran tidak berbaloi berbanding dengan coverage yang diperolehi.
Dalam masa sama, tempoh MRTT yang dilanggan, lebih pendek berbanding tempoh pembiayaan.
Setakat ini, hanya polisi MRTT melalui LPPSA sahaja yang cukup tempoh perlindungan.
Jika pembiayaan melalui bank, kebanyakan kes, ia tidak mencukupi.
Lihat sample kes ini di bahagian bawah.
Posting ini dengan kebenaran pelanggan, tanpa mendedahkan identiti beliau.
NOTA: Ini produk yg dicadangkan sebagai alternatif MRTT boleh rujuk di sini
Total pembiayaan perumahan ini termasuk legal fees dan MRTT
Total pembiayaan perumahan ini termasuk legal fees dan MRTT ialah RM250,128 selama 420 bulan atau 35 tahun. Rujuk gambar di atas.
Bayaran ansuran untuk kesemuanya ialah RM1,177 sebulan.
Bayaran MRTT ialah RM8,270.
Jika tidak dimasukkan MRTT, total financing ialah RM250,128 tolak RM8,270 sama dengan RM241,858.
Kadar pembiayaan ialah BRI + 0.70% dan kadar BRI semasa ialah 3.75 menjadikan total 4.45%. LO ini dikeluarkan pada tahun 2019.
Jadi, gunakan financial calculator untuk buat kiraan terhadap MRTT RM8,270 ansuran tanpa MRTT, ia akan jadi sekitar RM39 sebulan.
Untuk double check, kita boleh buat kiraan menggunakan financial calculator utk mengira berapa pembiayaan perumahan tersebut tanpa MRTT, akan dapat RM1138.
Bermakna, ansuran untuk MRTT ialah RM1,177 tolak RM1,138 ialah RM39.
Quotation MRTT
Ini ialah quotation MRTT tersebut. Rujuk gambar di atas.
Jika bayaran lump sum, pelanggan perlu bayar RM8,257 tapi apabila masuk dalam pembiayaan, sebenarnya ada bayaran tambahan RM39 sebulan selama 420 bulan menjadikan bayaran total ialah RM16,380.
Barang diingat, coverage untuk MRTT akan reduce dan ia hanya cover untuk tempoh 24 tahun (rujuk gambar di atas) sahaja berbanding tempoh pembiayaan perumahan selama 35 tahun!
Risiko terhadap pelanggan
Di sini, ada beberapa risiko terhadap pelanggan
1. Risiko paling ketara ialah, coverage tidak akan seiring dengan perlindungan. Jika berlaku kematian pada bila-bila masa selepas setahun, coverage MRTT tidak mencukupi untuk berikan perlindungan terhadap baki hutang.
2. Lagi lama, lagi banyak perbezaan coverage dan baki hutang rumah.
3. Dalam masa sama, jika berlaku default payment atau kenaikan BFR / IBR dalam tempoh pembiayaan, perbezaan itu semakin besar malah mungkin tempoh pembiayaan akan jadi semakin panjang.
4. Ada banyak kes yang saya terima, dah bayar 5 ke 10 tahun, baki pokok sangat sedikit berkurangan malah ada yang bertambah!! Ini menjadikan ia lebih berisiko jika berlaku musibah kematian.
Contoh kes sila baca artikel ini : 10 Tahun Bayar Hutang Rumah, Baki Pokok Hanya Kurang RM2,000
dan artikel ini 6 Bulan Bayar Installment, Tak Kurang Walaupun RM1 !!
5. Akhir sekali risiko paling utama apabila tempoh MRTT tamat tapi tempoh pembiayaan masih panjang. Dalam kes di atas, 11 tahun terakhir pembiayaan MRTT sudsh tidak memberikan perlindungan.
Apa alternatif yang boleh disediakan?
MLTT, atau disebut sebagai Mortgage Life / Level Term Takaful
Melalui MLTT, untuk coverage RM250K caruman hanyalah RM52 dan akan auto renewal setiap 10 tahun dengan peningkatan caruman.
Ini contoh quotation term takaful yg boleh berfungsi sebagai MLTT. Rujuk gambar di atas
Untuk coverage RM250K caruman hanyalah RM52 dan akan auto renewal setiap 10 tahun dengan peningkatan caruman.
Bayar lebih RM12 sebulan, tapi akan dapat banyak kelebihan;
- Jika berlaku kematian atau lumpuh, pampasan yang akan diterima ialah RM250,000. Jadi tak akan timbul risiko coverage tak mencukupi sebagaimana yang pernah berlaku jika melanggan MRTT.
- Jika pelanggan refinance rumah, MLTT tidak terbatal sebagaimana MRTT terbatal jika rumah refinance.
- Begitu juga jika pelanggan jual rumah, MLTT tidak terbatal sebagaimana MRTT.
- Jika pelanggan buat early settlement, MLTT tidak terbatal dan boleh digunakan untuk rumah lain.
- Boleh gunakan satu polisi MLTT untuk lebih daripada satu rumah. Contohnya, selepas 20 tahun pembiayaan, hutang rumah tinggal RM100,000 dan coverage MLTT masih kekal RM250,000. Jadi dia boleh beli rumah lain dan gunakan MLTT yang sama.
- Polisi MLTT , boleh tambah coverage untuk penyakit kritikal jika mahu. Ofkoz akan ada bayaran tambahan.
- Polisi MLTT juga gunakan produk yang ada nilai tunai yang membolehkan pemegang polisi dapat sedikit tunai di akhir polisi. Dan Ofkoz harganya lehih tinggi dari tadi.
Nampak tak kelebihan dan fleksibliti MLTT berbanding MRTT?
Siapa nampak, Say “I”.
Gambar hiasan: Masa sesi training topik MLTT vs MRTT dan isu-isu berkaitan pembiayaan perumahan kepada Team INFAQ #TeamTakaful.
Nak join kami sebagai perunding pun boleh. Sambil belajar ilmu kewangan, sambil tambah pendapatan.
Isi borang di sini
Jemput sertai Channel Telegram utk lagi tip kewangan, bisnes dan kehidupan dan klik see first Afyan Mat Rawi
Jika mahukan sesi konsultansi MLTT, sila isi borang di bawah atau boleh WhatsApp kami ke admin INFAQ
Rancang Kewangan, Ubah Kehidupan
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
1 thought on “Kajian kes MRTT vs MLTT: Mana Lagi Berbaloi dan Menguntungkan”