“Tuan apa fungsi investment dalam polisi takaful”, tanya seorang peserta Klinik Takaful beberapa hari lepas.
“Baik cuba buka polisi. Siapa ada bawa polisi?”, tanya saya tanya saya kepada para peserta.
Ramai yang mengangkat tangan.
“Cuba cari dekat bahagian belakang polisi yang ada mengandungi quotation yang Tuan-Puan sign-up sebelum melanggan polisi”.
Saya pergi ke salah seorang peserta yang membawa polisi dari kompeni A. Tunjukkan dan minta peserta berkenaan baca supaya peserta lain dengar.
Kemudian saya pergi ke salah peserta lain yang membawa polisi dari kompeni B, lakukan perkara sama. Apabila dibaca, wording yang ditulis 100% sama dengan peserta pertama tadi walaupun kedua-dua polisi adalah dari syarikat berbeza.
Kandungannya adalah berkenaan fungsi “investment-link” yang bukanlah “pure investment” sebagaimana unit trust. Kemudian ada amaran berkenaan nilai tunai akan susut dari masa ke masa.
Perkataan “investment” pada polisi “Investment-link” sebenarnya untuk membezakan struktur produk ini dengan produk takaful jenis lain seperti endownment takaful atau term takaful atau produk tradisional.
Fokus utama takaful adalah untuk perlindungan, bukan untuk pelaburan. Jika ada pun fungsi pelaburan, takkan mampu menandingi produk yang “pure Investment” seperti unit trust.
Ia hanya utk tujuan menambahkan nilai tunai untuk menstabilkan sumbangan takaful.
Ini antara pengalaman dan perkongsian dari program Klinik Takaful yang lepas.
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi