Langkah Mudah Menuju Ke #NerakaWang 2020

Langkah Mudah Menuju Ke #NerakaWang 2020.

Point terakhir paling penting

1. Tidak pedulikan aliran tunai dalam berbelanja. Kalau dapat guna kad kredit lagi bagus.

2. Kemudian, kad kredit tu bayar minimum sahaja.

3. Kalau limit kad kredit dah penuh, appy personal loan. Lagi tinggi lagi bagus.

4. Tukar kereta baru. Apa barrrang pakai kereta lama. Baru ada kelllassss.

5. Perabot rumah juga perlu tukar baru. Tahun barulah katakan.

6. Tak perlu buat simpanan. Kad kredit dah ada untuk kecemasan. Kalau tak cukup kad kredit, boleh apply personal loan.

7. Teruskan menyewa. Tak perlu fikir untuk beli rumah. Itu kerja kapitalis. Lagipun, buang masa kumpul duit banyak-banyak kemudian habis untuk deposit rumah.

8. Kalau ada takaful, batalkan. Jangan kayakan ejen dan syarikat takaful. Semua tu kapitalis juga.

9. Abaikan sahaja perancangan persaraan. Cukup kita bergantung kepada KWSP.

10. Jika ada sales di Lazada, Shoppe, super market dsn sebagainya, jangan lepaskan peluang. Itulah peluang untuk kita berjimat.

11. Pergi melancong walaupun tak cukup duit. Bukankah mengembara boleh menambahkan pengalaman kita. Tak cukup duit? Kad kredit ada. Personal loan ada. Along pun boleh sedia membantu.

12. Pergi haji boleh buat kemudian. Tunggu pencen nanti barulah menabung di Tabung Haji. Melancong dulu.

13. Tak cukup duit? Takpa, ada macam-macam skim buat duit sekarang. Dulu ada Skim Kopi Pak Belalang, ada Skim Emas ETA, ada Alfafa… Sekarang pun ada, cuma nama lain. Sekarang ada anak kucing Pak Atan.

14. Melabur tak perlu dah. Skim-skim tadi tu dah boleh tolong sampai anak cucu cicit 7 keturunan.

15. Jangan penah percaya kepada ASB, Tabung Haji dll. Dividen sikit. Riba pula tu.

16. Jangan ikut cakap mana-mana konsultan kewangan. Mereka hanya nak duit kita.

17. Selepas baca tulisan ini, terus abaikan. Tak perlu beritahu kepada pasangan, ahli keluarga, adik-beradik, jiran sebelah dan sebagainya.

18. Jangan follow FB / IG / Twitter / Telegram / Blog Afyan Mat Rawi. Menyusahkan. Menakut-nakutkan orang sahaja.

Ada tambahan? Bagi komen. Saya masukkan jika best dan sentap. Lagi sentap lagi bagus…

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

Leave a Reply