Mencarum Takaful Disebabkan Minat Atau Keperluan?

Kisah yang berlaku ini dikongsikan oleh Tn Mohd Nur Rashid Ns di FB beliau berkenaan bagaimana takaful membantu pada saat-saat kritikal.

Berminat?
—————

Rejection yang selalu saya terima apabila berbicara tentang takaful ialah “tidak berminat”.

Mencarum takaful bukanlah disebabkan minat. Ianya lebih kepada kesedaran individu untuk melindungi dirinya dan keluarga apabila ditimpa musibah.

Kesedaran perlu ada ketika diri sihat bukan selepas berlaku musibah. Perlu diingat takaful tidak akan melindungi orang yang sakit.

Pernah berlaku di suatu ketika isteri sahabat saya disahkan menghidap barah payudara tahap 3. Sahabat tersebut bekerja sebagai kontraktor di syarikat tersebut. Polisi syarikat hanya melindungi pekerja tetapi bukan keluargnya.

Kasihan melihat dia ke hulu-hilir mencari takaful yang boleh melindungi isterinya namun tidak ada satu pun yang sanggup. Langkah terakhir dia meminta bantuan keluarga jauh di luar negara.

Kisah seperti ini memang selalu didengar. Tetapi adakah kita ambil iktibar daripadanya? Adakah kita sedar akan perkara ini?

Ayuh tinggalkan pemikiran lama dan mencarum takaful sekarang!
Sediakan perlindungan untuk keluarga dan bahagia bersama-sama.

Terima kasih.
.

Rashid.
INFAQ Consultancy.

“Plan Your Wealth, Change Your Life”

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

Leave a Reply