MillatFacebook / MyMFB

Tahukah anda, 10 tahun lepas sekumpulan umat Islam dari Pakistan mengusahakan alternatif kepada Facebook yang kontroversi kerana tidak sensitif kepada umat Islam.

Nama portal alternatif ini ialah MillatFacebook, yang kini dikenali sebagai MyMFB.

Ketika itu juga, muncul berita-berita negatif tentang Facebook. Yang paling “menakutkan” ialah Facebook mengumpul data umat Islam dan Facebook dimiliki oleh Yahudi / Israel / Yahudi.

Ketika itu ramai umat Islam melahirkan rasa gembira dan berkempen mengajak pengguna FB dari kalangan Muslim untuk berhijrah ke sana.

Dalam masa 10 tahun dari 2010 hingga 2020, Facebok memang tak lekang daripada kontroversi, namun sentiasa berjaya menambah pengguna dari masa ke masa. Bukan itu sahaja, Facebook mampu menarik dan menjana keuntungan buat pemiliknya melalui pengiklanan di media sosial ini.

Bagi yang ingin menyokong portal ini, boleh klik link dalam screnshoot.

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

Leave a Reply