Ada dua berita penting sehari dia ini dalam industri kewangan dan perbankan.
Berita 1:
======
OPR naik.
BLR dan BFR juga dijangka naik berikutan kenaikan OPR ini.
Sebab, apabila OPR meningkat maka kos operasi bank akan meningkat, sekaligus caj-caj yang dikenakan kepada pengguna akan turut meningkat.
Berita 2:
======
Penggabungan beberapa perbankan gergasi.
Jika ini terjadi, maka VSS dan pemberhentian pekerja akan berlaku secara besar-besaran.
Sebab, daripada 3 buah bank menjadi 1 bank, maka dari 3 CEO akan menjadi 1 sahaja CEO. Begitu juga dengan jawatan-jawatan lain.
Kesimpulan saya:
======
Apa yang berlaku mirip apa yang berlaku ketika Malaysia menghadapi kemelesetan ekonomi 1998.
Jangkaan saya, negara kita akan mengalami zaman kemelesetan ekonomi sekali lagi.
Ekonomi dunia ada kitarannya. Zaman Nabi Yusof, kitarannya 7 tahun. 7 tahun musim subur dan 7 tahun musim kemaru.
Kita sekarang berada di penghujung musim subur. Hanya orang yang membuat persediaan awal sahaja akan berjaya hadapi 7 tahun musim kemarau dengan jayanya.
Afyan Mat Rawi,
11 Julai 2014.
Sedang mempersiapkan diri menghadapi musim ‘kemarau’
Boleh share bagaimana nk siapkn diri utk musim kemarau tu
Tq yer